Monday, June 30, 2014

Kuih lesung batu/cercemik/lempeng lekuk

Ramai kata kuih ni sedap, tu yang tak sabar nak cuba, masa kecil dulu pernah la makan tapi dah lupa. Kalu nak beli entah bila nak jumpa orang buat.

Allahyarham abah selalu buat bila bulan puasa. Tapi dia buat comel-comel jer. Anakanda kesayangannya ni buat gedabak jer saiznya.....kesuntukan masa, bulan2 puasa ni.

Daun pisang takde, kalau ada mesti lagi wangi baunya. Tapi doh tu saya letak pandan jadi wangi la jugakkan. Pastu saya tambah sedikit tepung dalam santan tu supaya santannya ketal skit lepas dikukus.....skit jer tau...

KUIH LESUNG BATU

Bahan-Bahannya:

1 cawan tepung pulut
3/4 cawan air daun pandan bercampur sedikit garam
1 cawan santan pekat
secubit garam
gula pasir secukupnya
Daun pisang
Loyang


Cara-caranya:
Didihkan air untuk mengukus.Sementara itu lapikkan loyang dengan daun pisang. Kalau tak ada daun pisang oleskan minyak pada loyang tu jer.

Masukkan air pandan bercampur garam sedikit demi sedikit ke dalam tepung pulut sambil diuli hingga adunan tidak lekat di tangan dan besen menjadi bersih.

Gentelkan bulat-bulat sebesar buah melaka, ditekan tengahnya supaya membentuk lekuk. 

Susun di atas daun pisang di dalam loyang atau dioles dengan sedikit minyak. 
Ulang langkah di atas hingga habis. Masukkan gula ke dalam lubang kuih secukupnya.

Masukkan secubit garam ke dalam santan pekat. Kacau hingga garam larut. Tuangkan secara berhati-hati ke dalam loyang.
Pastikan santan tidak termasuk ke dalam lubang berisi gula pasir tu.

Masukkan ke dalam pengukus. Kukus selama 20 minit. (Bila masak, gula pasir akan cair. Jadi kuih ini adalah gabungan rasa manis, lemak dan masin)
Hidangkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...