Tuesday, June 24, 2014

Ikan kembung rebus/kukus rendam air asam

Rasanya dah lama sangat tak jumpa mabung/kembung yang besar camni.....yg buka frozen, yang fresh. Sekali gitu pegi pasar sg yu smlm, dapat la ikan ni, terus la pilih punya pilih, angkut lebih 20 ekor....macam2 menu terfikir nak buat....

Rendam air asam, percik, goreng camtu pun bestnya.... Hari ni saya pilih ikan kukus rendam air asam. Sempoi jer masakan ni. Pastu takde sukatan tertentu...semuanya suka hati masing2 nak letak....pandai2 la padankan dengan jumlah ikannya yer...

Saya lebih suka kukus ikan ni sebab jus ikan tu tak hilang. Saya kukus guna magic pan cam dalam gambar nih.....

Bahan2

Ikan kembung/pelaling
Asam jawa
Belacan
Bawang merah - hiris
Tomato - hiris
Limau kasturi - belah 2 (limau kasturi takde kali ni jadi ganti dengan limau nipis)
Cili Merah - hiris
Cili api - hiris
Garam
Gula


Cara2
Kukus/Rebus ikan sebentar...jangan lama sgt nnti keras. Dalam mangkuk lain asam jawa diramas dengan belacan n air...masukkan bahan2 lain yg telah dihiris. Perisakan  dengan garam dan gula secukup rasa.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...