Wednesday, May 21, 2014

Yellow rice aka nasi minyak arab (roz/rez asfar)


Menu berbuka puasa mlm ni pilihan saya ialah arabic yellow rice aka nasi minyak yang simple ini dihidangkan dengan bbq lamb dan ayam. Betul kata lydia memang simple sgt resepi nasi ni....bahannya pun pasti  ada kat rumah masing2. Untuk lauk tu boleh dipelbagaikan...ikut citarasa.
Yellow rice ni pun ada resepi lain yang saya pernah cuba sblm ni... lebih banyak bahan yg digunakan.

YELLOW RICE aka NASI MINYAK ARAB(ROZ/REZ ASFAR)
Lydiahoney.blogspot
21/2 cawan basmati-cuci, rendam dgn air garam selama 15 minit &; toskan.
2-3 kuntum bunga cengkih*
1 -2 helai bay leave*
1 batang kulit kayu manis*
2-3 biji cardamom pods*
1/2 cawan kismis*-cuci, rendam 5 minit utk menghilangkan skt manis &; tapiskan
Air rebusan ayam secukupnya( 3cawan +- ikut beras )
Garam secukup rasa
4 camb minyak canola/ jagung ( kalau suka boleh gantikan dengan minyak sapi)
Yellow food coloring + 1cmb rose water jika suka

Bahan tabur atas nasi:-
Roasted pine nuts/ almond.

caranya

Tumiskan bahan bertanda hingga naik bau, masukkan beras dan gorengkan hingga transparents dalam 2-3 minit.
Masukkan air rebusan ayam yang masih panas dalam 3 cawan.
Dengan api yang besar, biarkan nasi mengelegak, tutup periuk dan biarkan hingga separuh kering dan buka penutup periuk.
Perlahankan api dan tuangkan safron/pewarna kuning bersama campuran rose water ke atas nasi dan tutup periuk dengan aluminium foil dan tudung periuk, tanaklah seperti biasa hingga nasi masak lebih kurang dalam 15 minit. 

INGAT!.. Jangan kacau selalu nanti nasi patah tak cantik, cuma gemburkan sikit dengan garfu jer.
Bila nasi dah masak biarkan selama 5 minit baru digemburkan sedikit dengan garfu dan di hidangkan di atas pinggan hidangan.

Taburkan dengan pine nuts/almond yang telah digoreng di atas nasi jika suka, kalau tak letak pon tak per.

Hidangkan bersama, salsa/maraq dan lauk kegemaran anda..

Lydia hidangkan dengan chicken 65 je hari ni..
Selamat mencuba.


Saya marinate lamb dan ayam guna sos pencicah bbq yang saya buat bulan lepas ni jer.....pastu bakar guna magic pan...express....

Sos pencicah BBQ
Bahan2
1 botol (1kg) smoke bbq sauce
1 botol besar sos cili
1 botol besar sos tomato
1 botol besar sos tiram
1/2 kg madu
1 labu bawang putih (tumbuk kasar dgn kulitnya)
4 sb serbuk cili
4 sb serbuk lada hitam (tumbuk kasar)
5 helai daun bay
2 sk pasley flake
2 sk rosemary
2 sk basil
1 sk thyme
Air secukupnya
Garam
----------
Campur semua bahan dan masak hingga pekat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...