Tuesday, May 20, 2014

Fresh mango pudding/puding mangga segar

Sekarang tengah musim mangga. Jadi masa ni la nak cuba perbagai resepi berasaskan mangga.
Sebelum ni saya posted resepi mango float pinoy style....kali ni saya buat mango pudding dan mango icecream pulak....resepi mango icecream tu nanti saya akan siarkan......tunggu icecream beku dulu....

Tak sabarnya nak makan....waktu berbuka hari ni rasa cam lambat pulak masuknya....bau mangga tu pun dah kecur air liur dibuatnya...



Fresh mango pudding
Resepi zulfaza love cooking
2 biji mangga masak - kupas dan ambil isinya
10 gm serbuk agar-agar
1 cawan gula
2 cawan air
3 cawan susu segar/cair
Secubit garam (optional)
------
Kisar semua bahan di atas. Masak hingga mendidih. Sentiasa kacau supaya tidak membuak. Tutup api.
Tuangkan dalam acuan pilihan. Sejukkan sebentar sebelum dibekukan dalam chiller/peti sejuk. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...