Monday, May 19, 2014

Acar ikan masin

Kalau dah bosan dengan lauk2 mcm2 tu...makan acar ni dengan nasi panas pun dah sedap...


Sumber Tiffinbiru
BAHAN-BAHANNYA :-)

300 gram isi ikan kurau masin (boleh guna ikan talang)
10 biji bawang merah kecil
10 ulas bawang putih
10 biji cili padi 
2 tangkai daun kari, dilurut
2 camca besar gula (atau secukup rasa)
1 camca besar penuh gula melaka
Cuka secukupnya 
Secubit garam

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
2 camca besar cili kisar
1 biji bawang besar
1 inci halia
1 inci kunyit hidup

BAHAN-BAHAN KISAR KERING :-)
1 camca teh ketumbar biji*
1 camca teh jintan manis*
1 camca teh jintan putih*
1 camca teh halba*
1 camca teh biji sawi*
(*digoreng tanpa minyak hingga harum kemudian kisar kering hingga halus)


CARA MEMBUATNYA :-)

Isi ikan kurau dipotong kiub pada saiz sederhana atau potong bentuk memanjang. Rendam 1 jam dan tukar air rendaman setiap 20 minit. Kemudian toskan dan goreng 1/2 masak, angkat dan toskan.

Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/2 cawan), tumis daun kari dan bahan kisar halus hingga harum dan terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan rempah yang dikisar kering, kacau rata dan masak sekejap hingga wangi.

Masukkan gula melaka, gula pasir dan cuka makan. Kacau rata dan biar mendidih. Tambah bawang merah, bawang putih, cili padi dan ikan masin tadi. Gaul rata dan tambah sedikit air. Kacau rata.Masak hingga pekat, rasa dan boleh tambah sedikit garam dan jika anda suka acar manis sedikit, boleh tambah sedikit gula lagi. Boleh hidangkan bersama nasi panas....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...