Saturday, April 5, 2014

Kroket tauhu keju

Sementara menunggu panggilan dari hospital utk admit anak, sempat la buat kroket tauhu ni. Saya tak ikut resepi2 kat bawah ni sepenuhnya. Saya ejas dgn bahan dan masa yg ada.


Saya guna daun bawang, cili merah dan cendawan tiram putih sebagai penambah perisa. Anak2 suka....rangup diluar tapi lembut di dalam....sedap dan senang nak buat.


Sedap cicah dengan sos cili dan mayo.....

Kalau google kat tenet tu ada mcm2 resepi kroket ni...boleh tukar2 selera....kroket kentang pun ada. 

Kroket Tahu Keju 
http://resepmasakanpraktis.com/resep-kue-snack/resep-camilan-snack/kroket-tahu-keju/

Bahan:
300 gr tahu putih, haluskan
100 gr ayam giling (ayam cincang / minced)
1/2 sdt garam
1/4 sdt merica bubuk (serbuk lada putih)
1/4 sdt pala bubuk (serbuk pala)
50 gr keju cheddar parut
20 gr maizena (tepung jagung)

Pelapis:
75 gr tepung panir kasar (serbuk roti)

Pencelup:
1 butir putih telur, kocok lepas

Cara Membuat Kroket Tauhu Keju

Campurkan tahu, ayam, garam, merica, dan pala.
Aduk rata
Masukkan keju, aduk rata. 
Lalu tambahkan maizena dan aduk rataBentuk adonan menjadi bulat, gulingkan di bahan pelapis, lalu celupkan di bahan pencelup
Gulingkan lagi di bahan pelapis
Goreng dalam minyak panas dengan api sedang sampai matang

Cara nak salut dan goreng kalau tak faham cara2 kat atau....

Bahan salutan:
1 biji putih telur
tepung gandum secukupnya
serbuk roti secukupnya

Caranya:
1. Satukan semua bahan, gaul sebati.
2. Bulat2kan sebesar mana yang kita suka, buat hingga habis.
3. Golekkan pada tepung gandum, lumurkan dalam putih telur kemudian golekkan dalam serbuk roti. 
4. Goreng dalam minyak panas hingga garing dan kecoklatan.
5. Sedap dimakan panas2 dengan sos pilihan.


Versi 2

resepi tauhu telur yg di share kat wall fb member.
4Kpg tauhu
2 btg tauhu jepun
2 bj telur
Udang..( tp saya gantin dgn dada ayam cincang )
daun sup
Bawang goreng
Lada merah cincang
Lada sulah
Minyak bijan
Garam....

Untuk salut

Telur
Tepung gandum
Bread crumb

Blend
kedua2 jenis tauhu bersama telur, minyak bijan n lada sulah. Dah kisar
semua tu masukkan dalam bekas n gaulkan isi ayam, daun sup n bawang
goreng ...dah gaul semua tu. Ambil bekas plastik bubuh minyak kemudian
masukkan bhn2 tadi n kukus dlm 20-30 min..dah masak biarkan sejuk dahulu
baru potong celup telur, golek kat tn goreng sehingg keemasan..dah siappp...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...