Saturday, April 26, 2014

Gulai darat dengan umbut kelapa dan sayur tumis taugeh dan kucai


Menu tengahari untuk menghabiskan stok umbut kelapa dipadankan dengan sayur tumis taugeh dan kucai.


Resepi gulai Dari dapur cikgu zue

Bahan- Bahan :
2 kilo daging cincang (yang banyak lemak lagi best)
2 biji bawang besar
1 labu bawang putih
2 inci halia
1 ketul lengkuas (diketuk)
6 batang serai (diketuk)
3-4 keping asam keping (saya guna asam jawa)
1/2 keping nisan (gula Melaka)
5 sudu besar rempah gulai darat ( rempah kerutuk atau rempah kari pun boleh juga) - saya guna rempah ceduk
3 sudu besar cili kering / serbuk cili
3 sudu besar kerisik
Garam
1/2 kilo santan

Cara Penyediaan :

1.  Cuci daging dan toskan.
2.  Kisar bawang besar, bawang putih dan halia.
3.  Masukkan daging di dalam periuk.
4.  Masukkan bahan kisar, rempah, cili kering, lengkuas,  serai, asam keping, nisan, dan garam ke dalam periuk yang berisi daging.  Gaulkan hingga sebati.  Biarkan / perap selama lebih kurang sejam hingga keluar air daging kemudian masak dengan api kecil  hingga mendidih (untuk mati awas). Biarkan semalaman (untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap).
5.  Esoknya, masukkan santan dan umbut kelapa. Masak dengan sempurna kemudian hidangkan...

6.  Kalau hendak lagi sedap dan terangkat, masukkan budu ke dalam gulai ini...perghhhh...(orang Kelantan memang masukkan budu dalam gulai nih)...

Sayur nih kalau makan kat kedai dah lecur sangat....masak terlalu lama...sepatutnya lepas masukkan taugeh, tumiskan dalam seminit dua jer dah cukup.
Sayur tumis taugeh dan kucai
Taugeh 50 sen
Secekak daun kucai
4 keping tauhu potong 4
Udang kertas kecil
2 ulas bawang putih hiris
2 biji bawang merah hiris
1 biji cili merah hiris
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Panaskan minyak. Tumis bawang hingga naik bau, masukkan cili, tauhu dan udang. Tumis hingga udang masak. Masukkan kucai dan taugeh. Kacau seketika. Perisakan dengan garam. Kacau sebati dan tutup api. Masukkan dalam bekas hidangan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...