Tuesday, April 1, 2014

Meehon/bihun kari

Ni la menu makan tengahari ni. Meehon kari ala kadar...limau mesti kasi lebih.....i likeeeee.

Tadi masa dok belek2 pokok2 kat depan rumah tu, en hubby dok tunjuk...pokok pudina tu berbunga la... Saya pun petik bunga dia dan cium baunya....ermmmmm....sedapnya bau....segar jer. Tetiba terasa sedapnya kalau makan daun pudina ni dengan mee kari.

Balik jer dari menemankan hubby pegi klinik terus jer masak. Yang bestnya masak hari ni, air ada....giliran kawasan saya ni dapat bekalan...


Bahan2nya

1 paket meehon rendam dan celur sampai lembut. Tos dan ketepikan.

Untuk kuah

400 ml santan pekat
2 liter air
1 paket fish ball
1/2 paket tauhu goreng
Segemgam ikan bilis dikisar halus
3 ekor sotong - dipotong kecil ikut kreativiti
2 sb serbuk kari daging
2 sb pes cili homemade
1/2 cawan air asam
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Hiris

2 inci halia
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah

Hiasan

Sawi - potong kecil, celur (bila dah layu cepat2 toskan dan rendam dengan air ais untuk elakkan jadi kuning.
Daun pudina
Daun bawang
Tomato
Limau kasturi/nipis
(Boleh diperbagaikan ikut citarasa)
--------
Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan hiris dan daun kari sampai naik bau dan keperangan.
Masukkan rempah kari dan pes cili. Tumis sampai garing dan pecah minyak. Masukkan sedikit santan pekat. Masukkan ikan bilis kisar. Kacau rata dan biarkan seketika.
Masukkan air asam, air,  santan dan sotong. Masak hingga mendidih. Masukkan tauhu dan fish ball.
Perisakan dengan garam secukup rasa. Tutup api.

Cara hidangan.


Masukkan meehon ke dlm mangkuk. Taburkan bahan hiasan. Tuang kuah, perah limau.....sedap.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...