Wednesday, March 26, 2014

Masak lemak ikan pecah periuk aka bawal hitam

Malam ni, walau pun takde air tetap kena memasak. Masak satu jenis lauk jer...

Bahan2

5 potong ikan bawal hitam (~600 gm)
1 biji bawang besar
15 biji cili padi
2 inci kunyit hidup
2 batang serai (kalau besar 1 pun cukup)
Asam keping (2 -3 ikut masam)
3 cawan santan daripada 1 biji kelapa
Garam secukup rasa
Buah tomato ceri ~10 biji

--------------
Tumbuk bawang, cili dan kunyit hidup hingga lumat. Titik serai. Masukkan semua bahan dalam periuk kecuali garam dan tomato. Masak dengan api perlahan hingga mendidih, sentiasa kacau sentiasa untuk elakkan santan pecah minyak.

Masukkan tomato dan perisakan dengan garam. Masak seketika selama 2 - 3 minit. Tutup api.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...