Monday, March 31, 2014

Kek coklat horlick yummy...

Kek coklat horlick

Bila time puasa ni selera mcm2...kalau boleh semua benda nak di masak dan di makan. Petang ni salah satu menu berbukanya ialah...kek coklat. Kali ni saya cuba resepi kek coklat horlick. Bahan dia agak byk tapi caranya mudah. Tak perlu pukul2 dan naiknya gebu sangat....

kali ni saya tak letak topping pun. Tak larat dah nak menopping2..... biar camtu jer.

Kek Coklat Horlick ni resepinya di share oleh:Aznie Zura di  www.facebook.com/bukuresepi.

2 cwn tepung naik sendiri...
1 cwn serbuk koko (best yg pahit mcm vochella / van houten)
1 cwn horlick original
1 cwn gula pasir
1 cwn susu pekat manis
1 cwn minyak jagung/minyak masak
3 paket instant coffee 3 in 1 Regular (apa2 jenama pn boleh.....nescafe ker dll)
1 cwn air panas mendidih
4 biji telur

Cara :-
1. Panaskan kukusan. Sapukan loyang dengan butter & taburkan sedikit tepung spy x melekat
2. Pukul sikit telur (guna garfu je mcm buat telur dadar).
3. Satukan semua bahan kecuali air panas. Gaulkan sebati
4. Last sekali masukkan air panas. Kacau sebati hingga  tak bergentel; tepung tak berketul
5. Masukkan dalam loyang, kukus selama 1 jam / hingga masak bergntung kpd saiz loyang
6. Sejukkan. Sedap makan dengan aiskrim vanilla.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...