Saturday, March 22, 2014

Funberries cake

Best pulak buat funfetti cake ni. Cara dia lain skit ....tak pukul mentega gula telur dulu tapi pukul tepung ngan mentega. Pastu jangan overbeat nanti merekah cam saya punya....hehehe....
Kek dia lembab dan gebus.....kalau funfetti letak colored rice, funberry pulak saya letak dried blueberry, rasberry dan jumbo kismis.
Yang ni tak letak deco...potong pun blum sejuk betul lagi...

yang seketul lagi deco skit lebih topping kek funfetti tu....sayang nak buang...

Adaptasi resepi funfetti cake maka tercipta la kek funberries...

3 cawan tepung naik sendiri
1 1/2 cawan gula
1 cawan mentega
4 biji telur
1 cawan susu segar
2 sk esen vanila
1/2 cawan campuran blueberry, rasberry dan jumbo kismis(potong kecilkan skit - gaul dgn skit tepung.
_______
Satukan tepung dan gula. Kacau rata. Masukkan mentega dan pukul dengan mixer speed perlahan hingga sebati. Masukkan telur sebiji2 sambil terus memukul dengan speed perlahan.
Tambah susu dan vanilla dan adun hingga semuanya sebati. Tambah speed kepada sederhana dan adun selama 2 minit. Gunakan spatula dan masukkan berries dan kacau rata.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160°C selama 45 minit - 1jam atau hingga tester yg dicucuk bersih.
Sejukkan betul2 sebelum dihias.

Ini la hasilnya bila potong masa dah sejuk betul.....kurang la sikit buah2nya berguguran di muka bumi....ahak ahak ahak....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...