Wednesday, March 26, 2014

Dadar gulung

Buat lagi kuih feberet anak2 ni......memang tak rugi buat kuih ni sebab laris jer nanti. Tapi kali ni cuba resepi timbang2...cumanya saya tambah air byk juga utk dapat bancuhan yg mudah nak dilayang kat kuali...
Asal resepi ni dari blog fiza's untuk buat yg bentuk ros. Tapi sebab tak sempat nak melipat2, menggunting2....saya gulung jer. Cumanya setiap keping tu saya buat dua warna. 

Mula2 bubuh satu warna tu sikit....layangkan kuali pastu masukkan warna satu lagi....jadi la cam dlm gambar tu.
Saya guna api kuat sgt....tu yg ada byk parut jerawat batu.....hehehe. kalau uols rajin buat la ikut step kat bawah tu untuk jadi bunga ros yer....

Bahan-bahan
250gm tepung gandum 
½ sudu teh garam 
1 biji telur – Gred A
600ml air  (Boleh tambah bila adunan agak pekat)
1 sudu makan minyak masak 
1 sudu teh pes pandan 
1 sudu teh pes strawberry 
Cara membuat dadar : 
1. Campurkan tepung gandum & garam di dalam  mangkuk besar dan buat lubang di tengah-tengahnya, kemudian tuang telur. Kacau dengan menggunakan ‘hand whisker’.
2. Tuang air sedikit semi sedikit dan hentikan jika sudah cukup pekat atau tambah air sedikit demi sedikit bila adunan kurang cair.
3. Tapiskan adunan, kemudian masukkan minyak masak dan kacau rata.
4. Bahagikan kepada 2 bahagian adunan dan warnakan dengan  warna merah dan warna hijau.
5. Panaskan kuali ‘non stick’ dan tuang satu senduk kecil dan biarkan hingga masak. Tidak perlu di terbalikkan dadar tersebut.
Bahan Inti:
sumber : cikgu ani 
1/2 biji kelapa parut - ambil putihnya sahaja
3/4 cawan gula merah - kalau tak suka manis, boleh kurangkan.
1/2 sdt garam
2 helai daun pandan - disimpulkan
1/2 cawan air
2 sdm tepung gandum
Cara Membuat Intinya:
1. Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
2. Masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.
3. Bila inti dalam keadaan agak-agak lembab, taburkan tepung gandum. Kacau rata. (Fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai).
4. Sejukkan inti.
CARA MELIPAT DADAR
1. Potong dadar kepada 4 bahagian (jangan sampai putus). Letakkan inti di tengah-tengahnya.
2. Lipat satu sisi ke bahagian tengah hingga membalut inti kelapa. Sebelumnya bahagian tepi dadar bolehlah di lipat sedikit keluar agar hasilnya cantik.
3. Lipat sisi yang berhadapan ke arah tengah.
4. Lakukan hal yang sama pada dua sisi yang lainnya.
5. Siapkan dadar berwarna hijau, kerat kepada 4 bahagian tetapi tidak terputus. Letakkan dadar berwarna merah di tengahnya.
6. Lakukan langkah yang sama seperti sebelumnya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...