Tuesday, March 18, 2014

Cucur badak

Menu sarapan pagi selasa. Tetiba rasa teringin sangat makan cucur badak. Cucur yang memang kalau buat dna test takkan ada trace of badak di dalamnya.....hahaha...



Kuih Cucur Badak
Resipi : Che CT


Inti Serunding Kelapa :
1/2 biji kelapa parut putih
4 biji bawang merah #
2 ulas bawang putih #
1 batang serai - hiris nipis #
6 tangkai cili kering - rendam seketika dalam air panas  - toskan #
1/2 inci kunyit hidup #
1/4 cawan udang kering - rendam sekejap dan toskan #
bahan bertanda # dikisar halus dengan sedikit air
Garam dan sedikit gula secukupnya

Untuk Kulit :
700 gm ubi keledek kuning
1 1/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
Sedikit garam

Cara-cara :
1. Inti : Dalam kuali panaskan 1 1/2 sudu besar minyak masak dan masukkan semua bahan kisar kacau sebentar. Kemudian masukkan kelapa parut kacau lagi dan masak sehingga kering. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Sejukkan seketika.
2. Untuk Kuih - rebus keledek yang dibuang kulitnya sehingga 1/2 empuk bersama sedikit garam. Toskan dan lecek hingga lumat semasa panas. Ketepikan biar sejuk seketika.
3. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak sedikit-sedikit dahulu kedalam keledek yang dilecek sehingga menjadi doh yang lembut.
4. Ambil doh sebesar bola ping pong kemudian leperkan

dan masukkan 1 sudu kecil inti serunding.

Kemudian tutup dengan kemas dan tekan sedikit ditelapak tangan untuk bentukkan kuih menjadi sedikit leper.

5. Kalau adunan lembik sikit, tak apa sapukan sedikit tangan dengan tepung.
6. Susun kuih dalam bekas yang dialas dengan plastik agar kuih tidak melekat dan buat sampai habis.
7. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana dan goreng sambil dibalik-balik sekali sekala sehingga kuih sedikit perang keemasan dikedua-dua belah. Angkat dan toskan atas paper towel.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...