Friday, February 21, 2014

Puteri ayu / apam ayu

Rasanya last buat kuih ni sehari sebelum pg menunaikan haji pada september  2012. Lamanya.....sampai sekarang masih tercari2 resepi mcm yg saya selalu buat masa sekolah dulu.....resepi yg disimpan dalam kepala tu dah dilupakan....resepi terbaik dan tersedap....tapi dah jadi sejarah.

Rata2 semua resepi apam puteri ayu ni asasnya sama. Cuma sukatan bahan jer beza....byk juga yg saya dah cuba dan hasilnya ok jer tapi masih belum menyamai resepi almarham kakak dulu....

Kali ni resepi azlita masam manis jadi pilihan....saya puas hati dengan kejadiaannya.....boleh guna resepi ni lain kali.

Apam ayu aka puteri ayu
Bahan-bahan 
250 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
Bahan di tas di ayak bersama
5 biji telur
300 gm gula halus (saya guna 250gm jer....itu pun saya rasa dah manis)
2 sudu kecil ovallate
250 ml santan (saya guna fresh milk sbb malas nak perah santan)
sedikit pewarna hijau atau warna kegemaran
2 camca teh paste pandan (saya guna paste koko pandan)
Inti Kelapa
2 cawan kelapa parut putih
1 sudu besar tepung ubi (saya guna tepung jagung)
1/2 sudu kecil garam
Cara Menyediakan Inti Kelapa
Satukan semua bahan inti dan gaul sebati.
Sapukan sedikit minyak di sekeliling acuan.
Isikan inti kelapa dan tekan sehingga sedikit padat.
Cara membuat dan mengukus kuih
Panaskan kukusan.
Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
Masukkan santan berselang seli dengan tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna.
Kacau lagi hingga sebati.
Sapu sedikit minyak pada acuan.
Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit - 10 minit atau sehingga masak
Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...