Wednesday, February 5, 2014

Makaroni dan cheese dan kuih gulung/ketayap

Mac and cheese yg simple mimple saya ambil resepinya dari blog....(kena search balik nih....lupa nak copy linknya) Inilah menu sarapan pagi ari ni....kegemaran anak2....tapi ayahnya jeling pun tidak....

Kejadian sosnya harini sedikit kurang memuaskan. Dok leka dengan kuih ketayap kat dapur sebelah, saya lupa nak terus kacau kuahnya sampaikan susu dengan cheesenya sedikit bergentel atau pecah minyak...huhuhu...tapi ok la, bila makan anak2 tak komen. 

Bahan2nya

1 peket macaroni 500 gm

2 cawan parutan keju cheddar -boleh tambah

1/2 cawan keju parmesan-boleh tambah

1 liter susu segar dalam kotak-boleh tambah

4 sudu besar mentega

2 sudu tepung gandum

Black pepper secukup rasa

Garam secukup rasa

Cara2nya

Cara nak masak sos ni macam nak buat sos bechamel . Kalau resepi asal tak letak keju parmesan tapi saya yang tambah .

- Didihkan air didalam periuk yang cukup besar . Bila air dah cukup mendidih masukkan semua macaroni dan rebus sehingga cukup kembang dan lembut. Bila dah masak toskan macaroni ini dan ke tepi kan dulu.

- Masukkan semua butter dalam periuk dan panaskan periuk kemudian masukkan semua tepung gandum dan kacau bahan-bahan ni sampai la tepung gandum bertukar warna kekuningan dan masak .

-Dengan cepat terus masukkan susu dan kacau sekejap . Kemudian masukkan semua keju cheedar dan parmesan serta serbuk black pepper didalam periuk dan kacau .

-Terus kacau sos dan guna api dapur sederhana besar sehingga sos masak  pekat .

-Kemudian masukkan semua macaroni secukupnya dalam sos dan kacau sehingga sos dan pasta sebati .

- boleh juga ditabur parmesan cheese masa nak makan hmmmm yummmy....

Mac & cheese

kuih gulung aka kuih ketayap

nak resepi juga ker.....hehehe....dah banyak kali ulangan kuih nih....fav anak2 juga nih...

Bahan2

1 cawan tepung gandum
1 1/3 cawan susu segar/air
Sedikit garam
1 biji telur
1 sk pandan paste

Kisar semua bahan hingga sebati. Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis. Siap untuk disantap.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...