Monday, February 3, 2014

Kaswi pandan lemak



Sedap dan wangi kuih ni....sebenarnya nak buat kuih muih ni tak susah mana. Cuma mungkin masa tak mengizinkan suri2 rumah atau ibu2 mencuba.

Tapi sesekali mencuba resepi kuih muih atau kek pasti anak2 terutamanya rasa teruja.....tambahan kalau dapat sama2 menolong di dapur....tolong2 sibuk...hehehe


Apa kata kita cuba resepi mudah ni sebagai percubaan awal....Bahan2 nak cari senang....cuma kapur tu jer mungkin ramai yg tak kenal....ada dijual di pasaraya atau kedai runcit mamak/india.


Bahan dah ada.....apalagi, jom ke dapur...

Kaswi Pandan Lemak
Resepi: kak besah@myr
Sumber: tun telani

Bahan-bahan ( 1 loyang )
1 cwn tepung gandum
1 cwn tepung ubi kayu
1 cwn santan pekat
1 1/2 cwn air perahan daun pandan (6 helai)
3/4 cwn gula pasir
1/2 sudu teh air kapur sireh
1/2 sudu teh garam
1 biji telur
secawan kelapa parut (putih sj) + secubit garam.

Cara-cara

kacau sebati tepung2 & gula bersama air pandan & telur. pastu campurkan kesemua bhn2 lain. kacau hingga tidak bergentel......(saya masukkan semua bahan dalam blender jer..hehe)..

seterusnye, masukkan adunan ke dlm loyang yg tlh disapu sedikit minyak. jgn lah tebal sangat, dlm 3 cm cukup. pastu kukus lah hingga masak.. dlm 20-25 minit. 

(oleh kerana penyediaan x ambil masa lama, eloklah panaskn pengukus sbelum mengadun adunan)

bila kaswi dah sejuk, bleh la dipotong & digolekkan dlm kelapa parut yg tlh dicampur dgn secubit garam atau sedap ajer kalau nak makan tanpa kelapa parut....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...