Saturday, March 1, 2014

Apam karamel aka apam gula hangus


Apam gebu montoks......sedapnya....terumama bila dah lama tak makan......jom2 kita ke dapur...

Resepi ni saya ambil dari blog mat gebu. Saya guna mixer sebab nak senang dan tak la penat tangan....

BAHAN-BAHANNYA :-)

1 cawan gula pasir
3/4 cawan air
1/2 camca teh esen vanilla (saya tak letak)
2 biji telur gred C (resepi mat guna gred A)
2 camca besar penuh mentega atau majerin
1/2 cawan minyak masak
2 camca besar penuh susu pekat manis
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan dan diayak)

Sebelum dikukus warnanya tak gelap sangat.

CARA MEMBUATNYA :-)

Masak gula hingga menjadi karamel, guna api sederhana dan kacau selalu. Bila karamel kelihatan berbuih, kecilkan api dan tuang air sedikit demi sedikit, pastikan anda kacau guna senduk bertangkai panjang untuk mengelakkan percikan dari gula panas. Kacau rata, biar mendidih dan matikan api. Biarkan sejuk seketika.

Panaskan kukus, balut kukus dengan tuala dapur yang bersih. Alas acuan dengan paper cup atau lenser acuan apam kegemaran anda dengan minyak masak. Ketepikan. Kacau mentega, telur dan minyak masak hingga berkrim, gunakan whisk. 

Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam adunan mentega, kacau rata.Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, sambil dikacau rata. Tambah esen vanilla dan gaul sebati. 

Sudukan ke dalam acuan 3/4 penuh, buah hingga siap dan kukus 15 - 20 minit bergantung pada saiz acuan yang anda guna. Keluarkan dari acuan dan biar sejuk sebelum dihidangkan...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...