Friday, February 28, 2014

Apam kampung yg gebu juga

Saya masih guna resepi Mat gebu ni. Ini la menu minum petang yg hari minggu ni. Sempoi tapi sedap.... Apam ni pun sekejap jer perap dia....kalau buat apam nasi 4 jam kena tunggu....yg ni sejam dah boleh kukus


Bahan2nya
200 gram tepung gandum
50 gram tepung beras
1 1/4 cawan air
1 camca besar instant yeast (mauripan)
75 gram gula perang @ soft brown sugar
Kelapa parut putih *
Sedikit garam*(*digaul rata dan kukus sekejap)
Satukan semua bahan2 diatas kecuali kelapa dan garam. Kacau rata dengan whisk hingga semua rata dan tidak berbintil2. Sementara itu sapu loyang bulat 8 atau 9 inci dengan sedikit minyak atau majerin, tuang adunan apam dan perap 1 jam atau hingga adunan kembang.Sementara itu, 20 minit sebelum adunan kembang, panaskan kukus, balut penutup kukus dengan kitchen towel bersih dan kukus loyang berisi adunan apam tadi selama 40 - 45 minit atau hingga masak (bila cucuk apam dengan lidi sate dan keluar bersih, tu tanda apam dah ok). Sejukkan dan boleh dipotong. 

Hidangkan bersama kelapa parut atau sambal tumis ikan bilis.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...