Saturday, January 25, 2014

Bingka cempedak lagi, bingka pandan dan bingka pisang pandan

Macam2 bingka ada, bingka cempedak yg harum mewangi, bingka pandan semerbak dan bingka pisang yg yummy....

Idea buat bingka pisang pandan tu timbul bila santan yg dah bercampur air pandan tu berlebih setelah siap bancuhan bingka pandan. Nak simpan leceh dan nak buang sayang, kelapa mahal sekarang ni... stok pisang masak ada sesikat setengah lagi. Kalau tak diusahakan nanti rosak pulak..... sayang. Bawa dari jauh tu.

Bingka2 ni buat untuk mesyuarat surau baru....mulanya nak gorengkan meehon tapi ada jemaah yg sponsor mee goreng dan nasi lemak.

Jom semak resepi....resepi asasnya sama tapi dipelbagaikan flavor.

Bingka cempedak lagi

2 cwn tepung gandum
3/4 cawan gula
4 cawan santan
1 cawan isi cempedak
3 biji telur
Sedikit garam
2 sb mentega

Blend semua. Tuang dalam loyang yg dah digris dengan minyak masak. Bakar selama 45 minit pada suhu 160 darjah. Kalau nak garingkan atas bawah dia, tambah masa membakar 15 minit lagi dan naikkan suhu kepada 200 darjah.

Bingka pandan

2 cwn tepung gandum
1 cawan gula
3 cawan santan pekat
1 cawan air pandan
(Kalau guna pandan paste, santannya 4 cawan)
3 biji telur
Sedikit garam
2 sb mentega

Blend semua. Tuang dalam loyang yg dah digris dengan minyak masak. Bakar selama 45 minit pada suhu 160 darjah. Kalau nak garingkan atas bawah dia, tambah masa membakar 15 minit lagi dan naikkan suhu kepada 200 darjah.

Bingka pisang pandan

2 cwn tepung gandum
3/4 cawan gula
3 cawan santan + air pandan
15 biji pisang (saya guna pisang abu)
3 biji telur
Sedikit garam
2 sb mentega

Blend semua. Tuang dalam loyang yg dah digris dengan minyak masak. Bakar selama 45 minit pada suhu 160 darjah. Kalau nak garingkan atas bawah dia, tambah masa membakar 15 minit lagi dan naikkan suhu kepada 200 darjah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...