Friday, December 27, 2013

Roti pandan

Resepi ROTI PANDAN ni saya cnp daripada Isma Maisarah tapi ejas skit bahan2 tu....skit jer pun.

600gm tepung gandum

11 gm yis segera

1/2 cwn gula halus

1/2 sk garam 

2 sudu besar susu tepung

1 sudu kecil baking powder 

1 sudu kecil bread improver (tak letak....lupa)

2  sudu besar water roux 

1 biji telur

180 ml air suam 

2 sudu besar mentega/marjerin 

Satukan semua bahan. Kalau nk rendam yis dgn air suam dan gula dulu pun boleh. Uli hingga lembut..saya uli dgn tangan 1/2 jam..selang seli..banting doh..uli..x larat nk uli je. Perap doh 30 minit atau hingga doh naik sekali ganda. Setelah doh naik..tumbuk2 doh. Dan bulat2kan...atau nk letak sosej ke..rehat kan doh 30 minit..sapu butter atau kuning telur..bakar pada suhu 160c...selama 20-25 minit bergantung pada oven masing2.

Water roux

1/4 cwn tepung gandum

250 ml air

Campurkan semua bahan dan kacau dgn hand whisk. Masak atas api yg perlahan. Kacau sentiasa supaya jgn bergentel. Kacau hingga pekat agak2 mendidih sekejap, angkat dan sejukkan baru boleh guna & boleh disimpan dlm peti sejuk. Bila nk guna biar dlm suhu bilik baru digunakan. Tahan selama 2 hari.

***** Roti yg dah siap diuli dan diperap oleh BM. Elok jer licinnya...timbang 60 gm dan 45 gm, letak inti kacang dan perap lagi.


roti yg diperap dah naik. sekarang tunggu masak la yer. Roti ni tak pegi facial...tu la pasal tak licin permukaannya....uhuk...uhuk...uhuk


Dah masak pun satu trip....bakar yg dalam cup pulak yer....dah tinggal 3 ketul jer lepas kuar oven...

yang dalam cup pun dah masak....nasik baik dohnya cuma 45gm, kalau 60gm tadi mesti melimpah ruah jadinya....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...