Monday, December 16, 2013

One bowl apple cake

Saya terjemahkan resepi yang saya dapat daripada sumber fb country cooking.

Buat dia mudah jer...kaya dengan rasa apple...mana taknya...apple jer semangkuk. Saya guna mcm2 jenis apple. Menghabiskan stok apple yg tak brape sedap dimakan gitu2.

Bahan2

1 3/4 cawan gula
2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 st serbuk kulit kayu manis
2 cawan tepung gandum
6 biji apple fuji kupas dan dihiris
2 st baking soda

Panaskan oven pada suhu 170 °c. Satukan gula, telur, minyak dan serbuk kayu manis. Gaul sebati. Masukkan apple dan gaul rata. Satukan tepung dan baking soda. Tuang ke dalam adunan telur. Kacau sebati menggunakan garpu.

Bakar selama lebih kurang 50 minit di dalam 2 loyang bulat 9 inci  atau loyang 4 segi saiz 13 × 9 inci. ( ini anggaran saiz loyang jer...kalau takde pakai le loyang saiz ape pun....hehehe...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...