Saturday, December 7, 2013

Gulai tempoyak ikan patin

Minggu ni dah tiga kali makan patin masak tempoyak nih.....sedap sungguh la....

Masak dia senang la sangat....tak susah2 nak kupas bawang bebagai..

Bahan2

1 ekor patin (sederhana dipotong 2 inci tebal - dicuci bersih dan direndam air asam jawa atau cuka untuk hilangkan hanyir ikan sungai)
*4 biji cili merah - (boleh guna cili api kalau nak pedas)
*kunyit hidup sebesar ibu jari
Daun kesum
2 batang serai diketuk
1 helai daun kunyit/daun pepijat (tengok kat kedai mkn temerloh tu diorang letak daun pepijat yg rupanya sebijik macam daun kunyit, cuma baunya sebelum dimasak mcm pepijat....tapi saya takde daun tu jadi gantikan dengan daun kunyit)
4 sb tempoyak
Asam keping (bergantung kepada masam tempoyak - kalau tempoyak dah masam tak perlu letak)
Garam secukup rasa
Timun tua/timun muda di buang bijinya dan hiris serong (kalau suka)

------
Tumbuk lumat *. Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali daun kesum dan daun kunyit. Masak hingga mendidih, perisakan dengan garam. Masukkan daun kesum, daun kunyit dan masak hingga layu. Dah siap.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...