Wednesday, December 25, 2013

Briyani/beriani/briani kambing

Masakan encik hubby.....bukan penduduk rumah ni jer yg suka....orang yang pernah makan pun kata sedap....
Setakat ni, menu ni memang encik hubby yg buat....saya tolong kacau2, basuh2,  potong2 dan rasa2 jer.
Nanti2 la.....baru nak try masak.
Kali ni kitrg tak buat briani gam....sbbnya leceh skit....pastu perut dah keroncong ni...dah dekat kul 3 petang. Nasib baik ansk2 dah makan pasta n fruit salad tadi.....kalu tidak asyik la tanya dah msk ke belum....
Briani ni kalau beli mahal sbb bahannya byk dan kosnya pun boleh tahan. Untuk resepi lauk ni bg utk sekilo daging....kalau nak banyak, gandakan ajer bahan dia yer...
Untuk nasi plak saya bg resepi utk 20 orang makan....kalau nak kurangkan...pandai2 la ejas bahan dia....untuk sukatan air, kena tengok jenis beras yg kita guna....kalau guna pusa air dia kena lebihkan sikit walau pun dah rendam...untuk 8 pot beras pusa saya guna 10 pot air + susu cair.
Nasi kali ni encik hubby lupa nak titiskan pewarna...tu yg nampak tak ceria skit tapi rasa tetap mengancam....
Lauk briani
1 kilo daging ros(harimau menangis) potong kiub lebih kurang 3 inci/lamb shoulder
*4 sb rempah briani
*4 biji bawang besar
*1 labu bawang putih
*3 inci halia
*5 biji tomato
*4 biji cili hijau/cili api pun boleh
3 pokok daun ketumbar
3 pokok daun sup
3 pokok daun bawang
Secekak daun pudina
2 batang chinese leek
2 batang karot
3 sb kismis
6 sb madu
2 ketul (sebesar ibu jari) gula batu
1/2 keping gula melaka
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga
10 biji bunga cengkih
1/2 cawan susu cair
4 sb sos tiram
4 sb sos cili
4 sb minyak sapi (QBB paling best)
250 gm bawang goreng
Garam secukup rasa
Kisar bahan *. Gaul daging/kambing dengan semua bahan2 di atas sehingga sebati. Masakkan di atas api sederhana sehingga daging empuk dan kuah agak pekat.
***kacau sekali sekala supaya tak hangit.
Untuk nasi
15 Pot Brasmati direndam selama 20 minit dan toskan hingga kering
2 pokok daun ketumbar
250 gm daun pudina
4 helai daun pandan
4 biji bawang Besar - kisar
20 ulas bawang merah dihiris dan digoreng
2 labu Bawang Putih - kisar
2 inci Halia
1 sb Ibu Briani
3 kuntum Bunga lawang
2 btg Kulit Kayu Manis
8 biji Buah Pelaga
1/2 cwn minyak masak
1 cwn Minyak sapi QBB
1 tin Susu Cair
air ikut sukatan beras kurang 1 sebab campur susu.
Garam secukup rasa
Gajus dan kismis
Sedikit Pewarna Merah dan Kuning
___
Tumis semua bahan yang dikisar bersama daun pandan dan rempah tumis.
Masukkan ibu briani.
Masukkan masukkan air. Masak hingga mendidih.
Masukkan susu dan garam. Biarkan mendidih.
Masukkan beras, jgn kacau sehingga kering.
Masukkan daun-daun, gajus, kismis dan bawang goreng.
Kacau sekejap dan biarkan nasi tanak.
Titiskan pewarna dan biarkan selama lima minit dan kacau. Jangan lupa tutup api.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...