Friday, November 22, 2013

Mee bandung bukan muar

Menu malam ni mee bandung. Ini versi perak kot.... saya kurang gemat mee bandung muar tu tapi yang ini saya suker saya suker....

Dah dua hari makan malam dengan bukan nasi sebab ada lebihan stok mee disebabkan miss comm....

Mee bandung ni saya hidangkan dengan air bandung homemade pearl.

Bahannya simple jer

1 biji bawang besar cincang/hiris
6 ulas bawang putih cincang/hiris
5 sb cili kering kisar
5 sb sos tomato
5 sb sos cili
3 sb sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
15 ekor udang
3 ekor sotong dipotong bulat
(Boleh juga madukkan isi ayam/daging/fish ball/fish cake dll)
5 biji telur
1 biji karot potong mancis
Sawi/kobis/kobis bunga/tomato dll ikut citarasa
Air (kalau ada air rebusan(stok) daging/ayam lagi sedap
Minyak untuk menumis

Mee kuning dicelur

Hiasan (pilihan)
Limau nipis
Cili jeruk/cili merah potong
Daun sup/daun bawang
Bawang goreng

Caranya sempoi jer...

Tumiskan bawang p&m hingga keperangan. Masukkan cili. Tumis hingga naik minyak.

Masukkan sos2. Kacau seketika. Masukkan air secukupnya dan kacau sebati. Masukkan sotong. Pecahkan telur. Biarkan seketika hingga telur mengeras. Masukkan sayur dan udang. Masak hingga udang berubah warna dan melengkung....biar didih. Tutup api dan hidangkan bersama mee dan tabur bahan hiasan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...