Wednesday, November 20, 2013

Donut gebu pandan dan strawberry

Petang tadi buat donut utk minum petang dan frozenkan utk kudapan anak2 cuti sekolah nih. Resepi ni saya dapat dari sumber FB Norazlin Hussein. Memang gebu sungguh....biasa says b6st donut letsk kentang nsk bsgi gebu tapi yang ni tak letak pun gebu juga kejadiaannya.

Saya sempat buat satu jenis jer....lain kali baru buat strawbery pulak. Saya guna daun pandan yang dikisar dengan air dan susu tu.
Bila perap tu saya lumur dengan minyak masak ikut stail yang dikongsi di group fb kelab roti bertujuan supaya doh tak kering dan gelembung udara tan terlepas keluar......kira mcm seal la.....

Donut gebu pandan

2 paket yis mauripan
¼ cawan air pandan/pandan paste
1 cawan susu segar pada suhu bilik(panaskan sedikit)
½ cawan gula halus
Secubit garam
2 biji telor
1/3 cawan shortening
6 ½ cawan tepung gandum

Cara-cara

1.Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk/ mixing bowl, biar 5 minit atau sehingga berbuaih
2.masukkan susu, gula, garam, telor, shortening dan tepung.
3. Gaul sebati dan uli sehingga menjadi doh.Uli lagi sehingga permukaan menjadi licin dan tidak melekat di tangan.
4.Tutup mixing bowl dengan kain lembab dan biarkan sehingga naik 2 kali ganda.
5.Terap guna acuan dan tutup donut dgn kain kering dan rehatkan selama 30 minit atau sehingga donut naik 2 kali ganda.
6.Goreng dgn api perlahan.

Donut gebu strawbery

2 paket yis mauripan
¼ cawan air suam
1 cawan susu segar pada suhu bilik(panaskan sedikit)
½ cawan gula halus
Secubit garam
2 biji telor
1/3 cawan shortening
6 ½ cawan tepung gandum
1 sudu teh stobery paste

Cara-cara

1.Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk/ mixing bowl, biar 5 minit atau sehingga berbuaih
2.masukkan susu, gula, garam, telor, shortening dan tepung.
3. Gaul sebati dan uli sehingga menjadi doh.Uli lagi sehingga permukaan menjadi licin dan tidak melekat di tangan.
4.Tutup mixing bowl dengan kain lembab dan biarkan sehingga naik 2 kali ganda.
5.Terap guna acuan dan tutup donut dgn kain kering dan rehatkan selama 30 minit atau sehingga donut naik 2 kali ganda.
6.Goreng dgn api perlahan.

*air..tambah /kurangkan ikut kelembutan..tambah sikit demi sikit*

Mengikut katavtuan punya resepi donut ni sama  jer teknik mcm buat donut yg lain...cuma mungkin dr segi resepi yg menggebukan lagi donut tu...

Kalau nak donut buat frozen...bila doh dh naik......goreng setgh masak..toskan sampai betul2 kering....then maskkan dlm bekas bertutup ..simpan beku....then bila nk guna..defrost kejap..goreng balik mcm biasa....donut ni wlupn goreng wktu pagi..smpai wktu petang..in shaa Allah....masih lembt lgi....in shaa Allah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...