Tuesday, November 26, 2013

Bun manis inti kacang merah

Resepi ni di post di fb group kelab roti....
Saya buat inti kacang. Puan BM tolong ulikan...prosedur ikut yg ada dlm panduan BM tu...

Bahan bahan:

80 gm gula 

Saya guna 1 pkt yis

1 sk garam

60 gm mentega cair

500 gm tepung gandum   

290 gm (air + 1biji telur + 1 sb susu pekat)

Cara

Satukan bahan bahan kering iaitu tepung, gula dan garam.

Masukkan bahan bahan cecair iaitu air bersama susu pekat manis dan telur. Kemudian masukkan yis ( yis boleh bancuh dgn air daripada 290 gm tu dan sedikit gula untuk hidupkan - biarkan berbuih) dan digaul rata. 

Akhir sekali, masukkan mentega.  Uli sebati sehingga lembut, tak lekat ditangan dan elastik. nak guna kitchen mixer untuk menguli atau BM pun boleh jer. Tutp adunan dengan tuala basah dan biarkan  sehingga kembang sekali ganda. Bila telah kembang, tumbuk untuk buang udara di dalamnya.

Kemudian buat la bentuk macam mana pun. Biarkan naik sekali ganda lagi dan bakar suhu ~ 180°c selama 20 - 25 minit..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...