Monday, October 28, 2013

Tepung pelita

Malam ni akhirnya jadi juga la membuat kuih tepung pelita yang mangkuk daun pisang tu dah dibuat dua tiga hari lepas....

Sabo jer la kan.... bila mangkuk tu siap dah lewat sangat....esoknya ada hal pulak. Sudahnya lepas siap jer buat cupcake, terus jer buat kuih ni sebab tak nak bazirkan usaha membawa daun pisang dari kampung dan mangkuk yang dah siap tu...

Kalau takde daun boleh jer guna gelas kecil atau bekas plastik kecik yang buat jeli tu...

TEPUNG PELITA
by: Yani
Sumber: azlita masam manis

Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )

 Lapisan bawah
1 cawan tepung beras 
1 cawan gula 
5 cawan air
Saya letak garam skit.
sedikit air kapur
4 helai daun pandan di mesin dgn sedikit air daripada 5 cawan tu.

Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur di bancuh hingga rata. Masak atas api sederhana dan kacau selalu sehingga adunan masak dan berkilat.

Bila dah masak sudukan ke dalam kotak pisang atas gelas kecil dan ratakan. biarkan keras sebentar.

Lapisan Atas

4 sudu besar tepung beras - ratakan
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan 
secubit garam

Perah santan dan tapis ke dalam periuk. Masukkan 4 sudu tepung beras dan secubit garam. Kacau rata dan masak atas api sederhana sambil mengacau sehingga adunan masak dan pekat.

Sudukan santan ke atas lapisan pandan tadi.Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais untuk rasa yang lebih dingin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...