Friday, November 1, 2013

Tart coklat

Semalam dok mengemas kabinet kat dapur tu terpandang shell yang dibuat aritu.....banyak lagi. Kebetulan chocolate ganache utk topping cupcake aritu masih berbaki, mintak la tolong dengan kekanda singgah tesco beli buah sikit utk hiasan. 

Resepi shell

170gm marjerin atau butter 
50gm gula aising 
1 biji telur Gred C 
290gm tepung gandum 
1 sudu kecil esen vanilla 
acuan tart

Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat. Masukkan telur dan esen vanilla. 

Putar lagi dengan senduk kayu. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. 

Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.

Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak. 

Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama.Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.  

Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

CHOCOLATE GANACHE: 

450g Coklat - potong kecil (saya guna dark coklat - kalau guna coklat masakan rasanya kurang ummp...)
300g whipp/thick cream

- Masukkan ke dlm periuk kecil & masak dgn api kecil sehingga coklat cair. 
- Sejukkan sebelum di masukkan dalam piping bag dan paipkan dalam shell. 

Buat banyak-banyak dan simpan. Tahan berbulan. Boleh divariasikan utk cheese tart ke....fruit tart ke...chocolate tart ker....

Paipkan coklat ganache yg dah sejuk tu ke atas shell

Nak bagi nampak menarik Dan lebih menyelerakan hias dengan buah2an kegemaran...

Kalau nak buah nampak berkilat....boleh sapu dengan aprikot glace dll...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...