Sunday, October 6, 2013

Mexican bun aka roti boy aka papa roti aka roti kopi

Dari semalam dah pasang niat nak buat roti pagi2 nih....lepas jer sarapan...terusla memulakan prosesnya....

Kuar jer dari oven kitorang terus ngap.....hehehe...best betul dapat makan roti fresh dari oven nih....

Lesson learned.....jarak antara satu roti dengan yang lain mesti jauh2 skit....kalu tidak bila dia di bakar boleh bercantum nanti....anggaran jarak satu ketul roti tu...

Bahan-bahan ( 17 biji )

# Bahan untuk Inti #

100 gram mentega bergaram, dilembutkan
1/4 sudu teh esen vanilla
35 gram gula perang

Cara untuk Intinya

Pukul mentega dalam mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan esen vanilla dan gula perang dan pukul hingga sebati. Tuangkan adunan kedalam mangkuk dan bekukan dalam peti sejuk. Bahagikan adunan inti kepada 10 gram dan bulatkan dan simpan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

****saya tak bulatkan. Terus sudukan ajer dalam doh.

# Bahan untuk Topping #

100 gram mentega, dilembutkan
80 gram gula aising, diayak
2 biji telur, dipukul sedikit
3 sk NESCAFE dicampurkan dengan 2 sudu besar air - resepi asal letak 3 sb

100 gram tepung gandum, diayak

Resepi asal letak serbuk kulit kayu manis dan esen kopi

*****lain kali saya nak letak 1 sk serbuk nescafe + 2 sk esen kopi jer.....supaya kurang pahit dan lebih harum. Tak dapat bayangkan kalau ikut resrpi asal letak 3 sb serbuk nescafe tu....

Cara untuk Topping

Pukul mentega dan gula aising pada kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga adunan ringan dan gebu. Masukkan telur sedikit demi sedikit.

Masukkan tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati. Masukkan ke dalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan. 

# Bahan untuk Doh Manis #

500 gram tepung roti, diayak
20 gram tepung susu, diayak
75 gram gula kaster
1 sk garam
1 1/2 sk yis segera - 11 gm
1 biji telur, dipukul sedikit
270 gram (270 ml) air atau susu segar (kalau sudah menggunakan susu tepung jangan guna susu tapi gunakan air)
60 gram mentega, dilembutkan

Cara untuk Doh Manis

Campurkan tepung yang telah diayak, gula kaster dan garam didalam mixer dan putar pada kelajuan perlahan selama 1 minit. Masukkan yis, telur dan air. Putar selama 1 minit pada kelajuan perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit.

Masukkan butter dan gaul hingga sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin. Kemudian bulatkan adunan setiap bahagian 55 gram (boleh dapat 17 bahagian).

Bentukkan bulat. Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama 10 minit. 

*******saya satukan semua bahan dan uli hingga doh tak melekat pada tangan dan bekas.

Cara untuk membuat Roti Boy

Menggunakan telapak tangan leperkan adunan roti. Letakkan inti dan tutup dan kemaskan (mesti tutup betul kalau tidak sewaktu membakar inti akan terkeluar dan cair).

Bentukkan bulat dan letakkan atas loyang pembakar yang telah disapu mentega. Jarak2kan roti untuk beri ruang roti mengembang.  Perap selama 45 minit di dalam suhu suam.

Pipe toppping di atas roti bentuk spiral (bulat-bulat) bermula dari tengah. Bakar pada suhu 170 darjah C selama 15-20 minit atau sehingga roti kekuningan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...