Friday, September 13, 2013

Ikan masak 3 rasa

Resepi dari ummizahidi.

Bahan A:-

1 ekor ikan senangin (selalunya org guna siakap)
1 sudu besar tepung jagung (untuk salut ikan sebelum goreng)
Serbuk kunyit
Garam

3 ulas bawang merah dihiris
1/3 biji capsicum merah
1/3 biji capsicum hijau
1 biji tomato - didadu kasar
2 ulas bawang putih (dihiris)
3 cm halia (dihiris halus)

Minyak yang banyak untuk menggoreng ikan

Bahan B:- (untuk sos)
1 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar air
1 sudu kecil gula pasir

Bahan C:- (untuk hiasan/tabur)

1 pokok daun ketumbar
2 biji cili merah (dihiris)
2 biji cili hijau (dihiris)
2 biji buah tomato (dipotong 4)

Cara-Cara:-

Lumur ikan sedikit garam dan serbuk kunyit dan salut dengan tepung jagung.
Panaskan kuali dan goreng ikan hingga kuning keemasan. Toskan.

Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 sudu besar dan tumis bahan yang dihiris hingga wangi.Masukkan bahan2 sos dan biarkan mendidih. (*akak tambah air).
Kacau rata dan biar mendidih sikit.Masukkan bahan hiasan dan tutup api.Curahkan ke atas ikan tadi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...