Wednesday, September 11, 2013

French baquettes aka roti perancis

resepi asal saya amik kat mamakitchen-makcikmanggis. Saya memang suka makan roti ni cicah sup cendawan atau sup kambing atau apa2 sup la....tomyam pun ok jer...
 
Bahan-bahannya:
 
A
 
90 gm tepung gandum biasa.
360gm tepung roti.
1 1/2 tsp garam.
1 tsp gula.
3 tsp yis segera.
 
B
 
250-260 ml air.
 
C
 
10 gm lemak sayuran.
 
Cara-caranya:
 
Adun (A) hingga sebati
Campur (B) dan uli hingga jadi doh.
Tambah (C) dan uli hingga doh jadi kenyal.
Biarkan Doh selama 45 minit.
Kemudian bahagikan doh kepada 3 bahagian.
Bulat-bulatkan.
Biarkan selama  10 minit.
Gelek dengan penggelek dan gulung memanjang.(30 cm)
Biarkan doh naik selama 30 minit.
Sapukan dengan air (spray) dan toreh dengan pisau tajam pada permukaan roti sebanyak 3-4 jalur.
Bakar pada suhu 220 darjah celcius selama 25 minit atau sehingga warnanya perang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...