Sunday, September 1, 2013

Buah perah

Buah perah mentah dibasuh bersih. Rebus lebih kurang 15 miniT. Toskan air rebusan. 
Masukkan air ke dalam periuk dan rebus lagi 15 minit dan toskan airnya. Saya ulang proses sebanyak 3 kali. Selesai proses saya masukkan air dan rebus sekali lagi Dengan menambah garam dan gula secukup rasa hingga isinya empuk. Toskan airnya....dah siap..

Tujuan menggantikan air rebusan bagi mengurangkan rasa pahit buah perah ni...

Yang dah direbus dengan air, garam dan gula secukupnya. Berasap lagi tu....
Yumyumyum....sedap macam biji nangka atau cempedak...bezanya takde rasa bergetah jer dan sesetengahnya agak pahit2 skit...tapi saya suka...saya suka....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...