Wednesday, August 28, 2013

Urap pucuk ubi

Bahan A
2 ikat pucuk ubi di rebus empuk - perah airnya dan hiris
10 batang kacang botol - hiris nipis
10 helai daun cekur (seelok2nya daun muda) dihiris kecil
3 kuntum bunga kantan dan daun kesum dihiris kecil (optional)
 
Bahan B
 
1/2 biji kelapa parut
*10 biji cili api - nak pedas lebihkan
*10 biji ubi cekur - Boleh tambah kalau suka
* 1 inci kunyit hidup (kali ni tak letak pun)
*8 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1/4 cawan udang kering/ikan bilis
*3 batang serai dihiris
 
Bahan C
Sedikit perahan limau nipis/kasturi
Garam dan gula secukup rasa
 
Tumbuk * hingga lumat. Masukkan semua bahan di atas ke dalam kuali. Goreng tanpa minyak hingga agak kering dan sebati. Kacau selalu supaya tidak hangit.
Satukan bahan A, B dan C ke dalam mangkuk. Gaul rata dan hidangkan.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...