Wednesday, August 7, 2013

Rendang tok zulfaza

Rendang tok daging rusa....boleh kata tiap2 tahun saya buat rendang tok sebab family suka...tapi ni versi saya sendiri.

Rendang ni ada rasa manis2 sikit dan tahan lama. Boleh panaskan sampai jadi macam serunding... kalau kat perak, rendang ni selalunya dapat makan masa kenduri. Nak masaknya makan masa lama sebab dagingnya dipotong kiub besar2. Saya ambil masa 4 jam lebih untuk siapkan rendang ni. Saya biarkan tak berapa kering sebab nanti nak dipanaskan dua tiga kali..

1 kg daging lembu/rusa - dipotong kiub besar2 lebih kurang 2 inci persegi...
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
*1 sb ketumbar
*1 sb jintan manis
*2 inci halia
*5 ulas bawang putih
*2 biji bawang besar
5 sb cili boh (lebihkan kalau nak pedas)
2 keping asam gelugur
2 sb kicap pekat
Garam dan 1/2 keping gula melaka (secukup rasa)
5 sb kerisik
4 mangkuk santan pekat
Hirisan isi kelapa

Kisar * hingga lumat. Masukkan semua bahan kecuali santan, garam dan gula. Masak hingga daging hampir empuk.
Masukkan santan, garam dan gula. Masak hingga kuah pekat dan daging empuk.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...