Friday, August 30, 2013

Pasta Bebola Daging


Resepi kali ni saya merujuk 2 resepi di bawah. Saya ejas menjadi resepi yg saya guna untuk sos meatball kali ini. Disebabkan saya tak suka mengunakan sos instant saya guna pakai resepi kedua dan tambah bahan2 lain yang ada dalam resepi 1 serta citarasa sendiri.

Pasta ni saya buat untuk jamuan hari raya tadika anak2. harapnya semua kanak2 kat situ suka sebab saya tak buat pedas pun.

Resepi saya

Sos spaghetti

3 ulas bawang merah – dicincang halus
2 ulas bawang putih – dicincang halus
2 biji tomato – dihiris nipis
250 g tomato puri
250 g sos tomato
1 sudu besar oregano flakes
3 helai daun salam
Secekak daun basil
1 sb pasley flake
1 sudu kecil lada sulah
1 tin nenas dalam tin (potong kecil dan simpan jusnya untuk dimasukkan di dalam sos)
1 tin cendawan butang dihiris nipis
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
2 sb parmesan cheese
Bebola daging
------

Tumis bawang dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan bahan2 lain kecuali cheese dan bebola daging dan masak hingga tomato hancur dan kuah pekat. Masukkan cheese dan bebola daging. Masakkan sebentar dan tutup api....sedia dihidang.....

Rujukan saya seperti di bawah.

Resepi Potret Kasih

Resepi Pasta Bebola daging

1 paket pasta @ spegeti ( saya guna jenis fetuchini )
minyak zaitun secukupnya
Keju parmesan ( saya guna yang serbuk )


Cara penyediaan
1. Didikan air dalam periuk. Masukan pasta dalam air yang telah mendidih…
2. Bila telah masak angkat dan toskan… gaulkan pasta dengan minyak zaitun.
3. Hidangkan dalam pinggan.
4. Buatlah sos Pasta dan bebola daging.


Resepi Sos Pasta ( sumber : Dapur 1001resepi )

Bahan-bahan
1 botol besar instant sauce (sebarang jenama- saya guna jenama Prego )
2 tin besar chopped tomato
3 sudu besar cili kisar
500g daging kisar  ( separuh daripadanya saya buat bebola daging )
1 tin besar cendawan butang
1 tin sederhana nenas dalam sirap
daun basil kering
parsely kering
garam dan gula secukupnya
kiub perisa
bawang putih, dicincang
bawang besar, dicincang
minyak zaitun

Cara Membuat
1) Panaskan minyak zaitun kedalam kuali yang sesuai. Tumis bawang putih dan kemudian masukkan daging kisar.
2) Masak sebentar (10 minit). Masukkan pasta sauce, tomato, cili kisar, cendawan butang yang telah dipotong nipis, nenas dengan sirap sekali dan rebus sehingga sauce pekat.
3) Masukkan lain-lain bahan. Sedia untuk dihidang.


Resepi Bebola daging

250 g daging kisar
100 g besar tepung ( sebarang tepung pun boleh )
1 biji telur
1 biji bawang besar cincang
1 ulas bawang putih cincang
sedikit garam
sedikit lada sulah


Cara penyediaan
1. Satukan semuakan bahan diatas dan gaul rata.
2. Bulat-bulatkan bahan tadi untuk membentuk bebola daging.
3. Bolehlah di bakar, gorenng atau celur, terpulanglah pada anda.
4. Saya buat terus je masukkan dalam kuah pasta yang telah mendidih. Tutup api setelah bebola masak.


** Saya masukkan sedikit keju parmesan dalam sos pasta kemudian tabur sedikit keju atas pasta bersama bebola daging tadi… yummy!!!


Resepi dapur Malaysia

Bahan-bahan (4-5 orang)

Bebola daging
400 g daging cincang
1 biji ubi kentang
1 biji telur
1 ulas bawang merah – dicincang halus
1 sudu besar lada hitam – ditumbuk
1 1/2 sudu kecil garam
Sedikit tepung gandum

Sos spaghetti
3 ulas bawang merah – dicincang halus
2 ulas bawang putih – dicincang halus
2 biji tomato – dihiris nipis
250 g tomato puri
250 g sos tomato
1 kiub stok daging
1 sudu besar oregano flakes
1 sudu kecil lada sulah
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Spaghetti 400g

Cara-cara

1.    Untuk bebola daging (meatballs): potong ubi kentang, rebus sehingga empuk. Kemudian, tos dan lenyekkan dengan sudu.

2.    Gaulkan daging cincang, ubi kentang, telur, bawang merah, lada hitam dan garam hingga sekata.

3.    Ambil sedikit adunan dan bentukkan menjadi bulat dan salut dengan tepung gandum. Susun bebola daging dalam dulang yang disapu dengan tepung gandum.

4.    Panaskan minyak dalam kuali, goreng bebola daging dan pastikan bebola daging masak sekata.

5.    Untuk sos spaghetti: tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan tomato puri, sos tomato, buah tomato, stok daging, oregano flakes, lada sulah dan garam secukup rasa. Masukkan sedikit air jika perlu. Kacau hingga sekata.

6.    Masukkan bebola daging dan masak sehingga kuah menjadi pekat.

7.    Untuk spaghetti: rebus dalam periuk, tambah sedikit garam. Angkat apabila spaghetti sudah lembut dan toskan. Gaul pasta dengan sedikit minyak zaitun atau butter.

8.    Siap untuk dihidangkan.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...