Wednesday, August 7, 2013

Kek kukus tembikai merah

Dah lama nak cuba resepi kek Kek stim tembikai merah oleh:Linn Malek cc : www.facebook.com/bukuresepi nih. Asyik tertangguh jer. Bukan apa, sebelum posa dulu mood mengekek kurang sikit. Dah bulan posa malas la pulak makan kek. Sudahnya bila sekaya yang dibeli dah nak luput tarikh kena la juga kuatkan semangat untuk buat kek nih. Budak2 tak nak pulak makan sekaya tu, kalau dibiarkan membazir pulak. Dah jadi kek ni boleh la bagi orang dan bawa skit balik kg.

Kejadian kek ni dari segi rupa macam tembikai longgok yang reject tu.....hehehe. lum sempat keras lapisan merahnya dah tuang yg plain. Sudahnya bercampur aduk la warnanya. Cik kiah ni memang kurang sabar nak melapis. Selalu mcm tu tau...tu yang suka buat kek sekali lebur jer. Kalaupun byk warna tak susah2 nak kukus berlapis2...

Tapi rasanya sedap ok la tu......kan3. Hehehe...ada gak iras2 tembikai rupa kek ni, betul tak kengkawan...

Bahan2nya:... 

225 butter
1 cup gula castor - saya kurangkan jadi 3/4 cawan
5 biji telur gred A
1/2 tin susu pekat manis
1/2 cup kaya
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

cawan yg digunakan adalah cawan matrik utk sukat tepung 

3 warna -merah +pes stoberi
hijau + pes pandan
warna asal + sedikit pes lemon
coklat cip utk di jdikan biji tembikai..

Cara2nya :

Panaskan penggukus.
pukul gula,butter smpi kembang.
masukan pula telor satu per satu pukul lagi.

masukan pula susu,kaya,esen pukul lagi.
masukan pula tepung pukul smpi sebati.
bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan-( lebihkan adunan utk warna merah..yea..dan 1 -hijau..dan 1 lgi warna asal.

loyang disapu sedikit butter dan di renjis sedikit tepung masukan adunan merah ditabur coklat chip dan ratakan ..tutup loyang dgn aliminium foil dan kukus selama 10-15 minit atau sehingga adunan tidak bergerak..

buka kukus masukkan adunan warna asal tutup blik dgn aluminium foil..kukus..selama 10 -15 minit lgi..

kemudian warna hijau ulangi langkah sama...dah yg akhir nie kukus sehingga 30- 35 minit atau sehingga masak...guna lidi utk tentukan kek betul2 masak yea..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...