Sunday, August 25, 2013

Cucur tauge cicah Homemade sos cili

Menu sarapan pagi minggu ni ialah cucur tauge cicah ngan sos cili homemade. Jap lagi nak kuar utk memenuhi jemputan. Jadi tak payah nak masak macam2.....masak simple2 jer untuk sarapan....utk alas perut jer....

Cucur tauge

3 cawan tepung gandum
2 - 3 cawan air
1 1/2 sk garam atau secukup rasa
1 cawan isi udang dipotong kecil
1 biji bawang besar dicincang
1 mangkuk tauge
Boleh tambah karot yang diparut, daun bawang, daun sup, kobis dan lain2 sayuran.

Gaul semua bahan hingga sebati. Kalau nampak adunan cucur masih pekat tambah sedikit air. Sesetengah orang suka adunan yang cair.

Panaskan minyak. Sudukan adunan ke dalam minyak dan goreng hingga garing.

Ini pula resepi homemade sos cili yg saya cnp dari My resepi

Bahan-bahan

1 mangkuk besar Cili Merah + Cili Padi (kalau suka)
3-6 ulas Bwg Putih
1/2 cwn Cuka (saya guna cuka kurma)
1/2 cwn Sugar
1 sk Garam
1 sb Tpg Jagung - bancuh dgn air

Cara-cara

Blender kesemua bhn kecuali tpg jagung, dgn sedikit air. Kacau atas api sehingga pekat.Akhir sekali, masukkan paste tepung jagung utk memekatkan sos. Jika perlu boleh tambah lagi.Sejukkan & masukkan ke dlm botol kaca yg di siram dgn air panas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...