Monday, August 19, 2013

Bingka roti durian

Hari ni saya sempat buat bingka roti. Badan rasa penat sangat dan mata memang tengah mengantuk, tapi gagahkan juga buat bingka ni sebab baki roti yang dibuat aiskrim goreng tu sayang pulak kalau dibiarkan.

Resepi ni saya ambil dari my resepi. Saya ubah suai sedikit dengan mencampurkan beberapa ulas isi durian. Bila tengah bakar tu harum semerbak sampai ke ruang tamu bau durian. Tak sabar rasanya nak tunggu sejuk.

Bingka roti durian
Bahan-bahan ( loyang 20 cm )
5 keping roti gardenia
2 biji telur - pukul sikit
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam
400ml santan
100 ml susu segar / susu cair - saya guna santan cair
1 sudu kecil esen vanila
4 ulas isi durian - nak lebihkan pun boleh ajer..

Cara-cara

Carik - carikkan roti dan rendam dengan santan. Biarkan sekejap.
Satukan susu segar@susu cair dengan tepung gandum dan telur, sebatikan dan tapis.
Boleh juga blender semua bahan dan tak perlu ditapis.
Tuang ke no 1 dan masukkan esen vanila, isi durian dan gula pasir.
Kacau sebati.
Jika ada bekas bingka, tuang ke dalam loyang yang telah dilengser dan bakar dalam oven yang dipanaskan 170 c bergantung pada saiz oven, selama 45 minit dengan api atas bawah.
Jika atas bingka dah cantik keperangan@ kecoklatan masa tengah bakar, boleh tukar api bawah sahaja.
Bergantung pada jenis oven. Kena perhatikan juga masa bakar..Biarkan sejuk baru terbalikkan dan potong.

Bila dah dipotong nampak corak2 rotinya....apa lagi....dipersilakan...jangan malu2.
Permukaannya nampak macam permukaan bulan tapi harum baunya dah buat kita tak sabar nak makan.
Reja roti yg belubang ditengah...lebihan buat aiskrim goreng.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...