Monday, August 19, 2013

Ayam masak sambal hijau

1/2 ekor ayam dipotong 8
*1 inci halia
*1 biji bawang besar
*4 ulas bawang putih
*3 biji cili hijau
*1/2 biji tomato hijau
1 batang serai diketuk
3 pokok daun ketumbar - kalau nak hiris boleh tai saya buang akar n terus masukkan jer
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak
Sedikit air

------
Goreng ayam separuh masak (tak perlu letak garam kunyit)
Angkat dan ketepikan.
Kisar *, tak perlu hancur sangat
Dalam kuali lain tumiskan * sehingga agak kering dan masukkan 4 sb minyak masak.
Tumiskan hingga keperangan.
Masukkan ayam dan serai. Gaul sebati. Masuklan garam, gula dan sedikit air. Masak hingga ayam empuk dan betul2 masak.
Masukkan daun ketumbar. Masak hingga daun layu dan sambal pekat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...