Sunday, August 18, 2013

Ayam goreng/panggang samboi/asam boi

Aritu member kat sarawak post gambar ayam panggang samboi. Tak pernah makan n baru first time tau ada resepi yg camtu. Dok google la kat internet n jumpa la resepi kat Dari dapur sue bee @ blog resepi masakan mudah nih. Berusaha cari asam boi merah. Walau pun spesifikasi yg ada ni tak begitu tepat tapi disebabkan teringin sangat nak rasa menu ni terpaksa la beli juga.

Sedap juga rupanya ayam yg simple jer nak buat nih....mkn dengan nasi panas. Yang balance tu nak simpan utk dipanggang ptg karang menggunakan pemanggang ajaib...

Ayam Goreng/ panggang Samboi/asam boi

4  ketul kepak ayam segar (selalunya saya potong 2) - kepak ayam takde - saya guna bahagian peha
5-10 biji Asam boi merah
Tepung goreng Adabi secukupnya (guna tepung gandum pun boleh) - kalau panggang tak payah letak)
Minyak untuk menggoreng (deep fry)

Cara-cara

1.Bersihkan kepak ayam, toskan dan campurkan dengan asam boi. Sebaiknya perap 2jam. Kalau perap semalaman lagi sedap sebab rasa asam boi meresap ke dalam daging.
2.Masukkan tepung dan gaul rata kemudian bolehlah digoreng ke dalam minyak yang cukup panas.

Tips berguna:

*Untuk resepi ni saya guna asam boi merah..warna lain selain daripada tu tak berapa sesuai. Asam boi berkualiti baik dalam berkeadaan kering, bersaiz besar dan kita boleh nampak ‘kerut-kerut’ pada kulitnya. Jangan beli jika asam boi kelihatan basah (sembab) dan kulit ‘terburai’ bila dicubit sedikit (agak bertepung).

*Dan satu hal lagi, warna asam boi itu sendiri.  Pilihlah asam boi yang warnanya ‘kurang merah’ yakni “keorenan” sikit.

*Rasa asam boi tidak terlalu masin, sebab jika terlalu banyak rasa garam, ayam yang diperap tadi akan hilang ‘moist’ dan bila digoreng ianya akan rasa keras dan kering.

*Penggunaan tepung penting dalam gorengan ayam sebab fungsi tepung adalah untuk meresap ‘jus’ ayam –tak de lah yang kena tembak minyak..he…he..

*Minyak kena banyak untuk menggoreng ayam dan betul-betul panas.  Kalau tidak cukup panas, gorengan tadi akan lebih  berminyak dan tidak rangup.

*Selain menggoreng, kita boleh panggang jugak ayam samboi ni..yeahhh BBQ time!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...