Saturday, July 13, 2013

Tart nenas bunga

Ni resepi saya ambil dari blog Masam manis. Kali ni saya tak guna resepi ni tapi resepi bawah yg letak susu pekat tu....saja nak test resepi....jem pulak sya beli jer kat bakeri. Tak sempat nak buat. Kalau jem buat sendiri sebenarnya lagi sedap. Kalau kengkawan rajin buat jer...tu dah ada resepinya..

TART NENAS TERATAI
by: Kak Anim
Idea ilham : Chef Asma

4 oz butter - 115 gram
4 oz minyak sapi - 115 gram
1 biji telur gred B
1 lb tepung gandum -450 gram
sedikit garam
air sejuk

Pecahkan telur di dalam bekas adunan, Masukkan butter dan minyak sapi Gaul hingga sebati dengan hanya menggunakan whisk Masukkan tepung sedikit demi sedikit.

Akak tidak menggunakan air sejuk tapi setelah adunan menjadi doh letakkan sebentar di dalam peti ais.

Tekan adunan dan bentukkan tart mengikut kesesuaian anda. Jika letak inti yang banyak maka dapatlah tat yang tebal. Bakar pada suhu 170C-180C selama 20-25 min

JAM NENAS  by: Kak Anim

10 biji nenas-di sagat dan toskan airnya
3 kampit gula
sedikit pewarna kuning

Kacau nenas dan gula. Bila hampir kering masukkan pewarna kuning. Kacau hingga kering dgn api yang perlahan Ini adalah cara bagaimana ita buat tart bunga ni  Untuk tampok bunga yg warna hijau tu ambil sedikit doh dan letakkan sedikit pewarna hijau.

Sinar kehidupan

Bahan-bahan ( 90-100 keping )

250 gm mentega (nak sedap guna yang berkualiti)
2 sudu besar minyak sapi-saya tambah
1 sudu besar susu pekat manis
1 biji kuning telur
10 sudu besar tepung jagung/kastard - ayak
1 sudu kecil esen vanilla (opt)
350 gm tepung gandum - ayak (tambah jika adunan lembik)

Inti nanas secukupnya-buat bebola kecilpaper cup kecil secukupnya

Cara-cara

Mentega,susu manis,kuning telur,vanilla dan tepung jagung/kastard dikacau hingga sebati.Masukkan tepung gandum sedikit2 sehingga adunan menjadi doh yang lembut.Canai doh dan terap dengan penerap berbentuk bunga.Bubuh doh bunga kedalam papercup yg beralas mangkuk2 alum dan tekan2kan sikit di tengahnya.Isi inti nanas dan hias jika suka.Bakar pd suhu 165C-170C selama 20 min atau hingga garing mengikut suhu oven masing2.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...