Saturday, July 6, 2013

Puteri ayu ketan/pulut hitam

Cnp dari singgahsana kitchen. Tak sabar2 nak cuba sebab selama hari ni buat yg biasa tu jer...yg pandan. Sekali dok google2 apa yg boleh dibuat menggunakan tepungvpulut hitam selain kuih koci, terjumpa la resepi ni...
Dah tangguh dua tiga hari nak buat....takut rasanya entah apa2....sekali cuba....ermmm...sedap gak kuih ni....bole buat lagi la....

Bahan-Bahan
6 biji telur (medium)
1 sudu teh ovallet
150 gm gula kastor [boleh tambah pada yang suka lebih manis]
70 gm tepung pulut hitam
110 gm tepung gandum
70 gm santan pekat segera garam secukup rasa kelapa parut putih secukupnya [digaul dgn sedikit garam dan tepung ubi]

Cara

Satukan telur, gula dan ovallet dalam mixing bowl. Menggunakan hand-whisk, pukul sehingga betul-betul kembang, pekat dan putih.Ayakkan bersama tepung gandum dan tepung pulut.
Kemudian masukkan ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan-lahan sehingga rata dan sebati.Kemudian masukkan santan dan sedikit garam. Gaul lagi adunan sehingga sebati.

Sapukan sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.Masukkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama lebih kurang 10 minit.
Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu sejuk sekejap supaya senang dikeluarkan dari acuan.

Oleh: Editorial RASA
BAHAN-BAHAN:
30gm tepung pulut hitam
50gm tepung gandum
75gm gula pasir
100gm kelapa parut
3 biji telur
30ml santan pekat segera
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Satukan gula pasir dan telur di dalam mangkuk adunan. Pukul sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung pulut hitam yang telah diayak sedikit demi sedikit. Kacau perlahan.
3. Seterusnya masukkan santan dan perasakan. Gaul adunan sehingga menjadi sebati.
4. Akhir sekali, sudukan adunan ke dalam acuan yang telah diisikan dengan kelapa parut yang telah digaul bersama garam dan dikukus terlebih dahulu selama 10 minit. Pastikan permukaan acuan disapu dengan minyak. Kukus adunan selama 10 minit di atas api perlahan sehingga masak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...