Sunday, July 7, 2013

Persediaan ramadhan - Pes kari hijau

Ibu/isteri bekerja kena kreatif bulan2 posa nih kalau masih nak menyediakan juadah berbuka sendiri...buat mcm2 pest untuk memendekkan masa penyediaan makanan. Contohnya pes kari hijau nih...
Kalu ikut resepi, simpan terus...tapi saya keringkan airnya dengan masakkan dia sekejap...
BAHAN PES KARI HIJAU :-)
1 batang serai, hiris halus
1 -3 biji cili padi siam, hiris halus (saya guna 10 biji cili padi dan 1 biji cili hijau)
2 biji bawang merah, hiris halus
4 - 5 biji bawang putih, cincang
1 inci lengkuas atau halia
1/2 cawan daun ketumbar
1/2 cawan daun selasih atau sweet thai basil 1/2 camca teh serbuk jintan manis
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1/2 camca teh serbuk ketumbar
3 camca besar sos ikan (nampla)
1 inci belacan
2 camca besar jus limau nipis
1 camca teh gula perang/merah
3 - 4 camca besar santan
CARA MEMBUATNYA :-) UNTUK PES KARI HIJAU THAI :-
Satukan semua bahan ke dalam alat pengisar. Kisar halus hingga semua lumat. Boleh digunakan terus atau disimpan dalam bekas bersih dan kering, masukkan dalam peti sejuk untuk tempoh 1 minggu. Untuk lebih lama boleh dibekukan dalam freezer.

**** cara saya - saya masakkan untuk keringkan sedikit airnya sebelum simpan di dalam peti sejuk.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...