Saturday, July 6, 2013

Nasi ketumbar

Menu tengahari sabtu....dah lama nak cuba...jumpa resepi ni masa dok google resepi nasi hijau.... Hidang dengan roasted lamb, salad dan teh arab... Hopefully tetamu yang datang suka nasi ni...
Alhamdulillah...tetamu dan penduduk umah saya suka sgt nasi ni....tq kepada yg share resepi ni....
Bau harum bila dah masak sebab saya guna minyak sapi. Bahan dia simple ajer...


resipi : Q'ein@MyResepi
sumber : Kak Ayu Singapore & Kak Nor Secubit Garam

Bahan:
500g beras (basuh, rendam 20 minit dan toskan)
3 s/b mentega/minyak sapi sedikit minyak
1 biji bawang besar (dimayang halus)
3 pokok daun ketumbar (blender halus)
sedikit garam
pewarna hijau
1 kiub ayam

Cara-cara

1. Basuh beras dan toskan.
2. Cairkan mentega bersama sedikit minyak.  Masukkan bawang; goreng sehingga wangi dan masukkan kiub ayam.  Kemudian masukkan beras, daun ketumbar yang telah blender tadi dan secubit garam.
3. Masukkan air dan masak seperti nasi biasa.  Bila nasi dah kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna hijau. (jangan lupa tutup periuk kemas2 lepas tu yer)
4. Tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan sebelum dihidang.
*daun ketumbar yg diblend tak perlu ditapis kalau ditapis akan mengurangkan aroma daun ketumbar dlm nasi..
Teh arab
 
Teh Uncang
Daun Pudina
Bunga cengkih
Buah pelaga
Gula secukup rasa
Air panas
--------------
Rendam teh dalam air panas. Perasakan dengan gula secukupnya.
Masukkan bahan-bahan lain.
Salad segar

Roasted Lamb....
 
Lamb Ribs
Sos Marinate smoke BBQ pedas jenama knor (saya suka jenama ni berbanding yang lain sebab saya rasa setakat ni jenama ni paling sedap)
Lada hitam ditumbuk
Sos Tiram
Madu
Serbuk cili
sos cili dan tomato
Bawang putih di tumbuk kasar dengan kulit2nya sekali
Potong empat bawang holland (aritu terlupa nak letak)
Kentang di potong wages
zucchini di grill dan ketepikan
karot
Rosemary (Fresh - kalau tiada kering pun boleh la)
Oregano (fresh -kalu takde pakai jer yang kering) 
Daun salam
Daun basil (saya guna fresh sweet thai basil)
 
Perap lamb dengan bahan2 diatas kecuali karot, zucchini dan kentang. Lagi lama perap lagi sedap.
Masukkan ke dalam dulang pembakar, susun kentang, bawang dan karot. Tutup dengan kertas aluminium.
Bakar pada suhu 200 -250 celcius selama 1 jam.
Buka foil dan bakar lagi selama 1/2 jam atau hingga garing2 skit.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...