Monday, July 29, 2013

Nasi ambeng

Menu special kami sekeluarga malam ni ialah nasi ambeng. Menu ni disediakan secara berjemaah dengan encik hubby.



Sambal goreng jawa

5 keping tauhu potong kecil - goreng dan toskan
2 keping tempe (ikut saiz tempe) potong kecil - goreng dan toskan
1 biji kentang (saiz besar) potong kecil - goreng dan toskan
2 genggam ikan bilis basuh dan toskan - goreng dan toskan
4 sb cili boh
Fucuk (kulit tauhu kering tu) - kali ni tak masukkan sbb stok yg ada tu dah rosak dan suun secukupnya (saya guna dua pack) - rendam hingga lembut
Bawang besar dipotong bulat
3 sb kicap pekat
3 sb sos cili
3 sb sos tiram
* 5 ulas bawang merah
*5 ulas bawang putih
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
________________
Tumbuk lumat *. Tumis hingga naik bau. Masukkan cili dan tumis hingga pecah minyak.
Masukkab kicap pekat dan sos, kacau rata. Perisakan dengan garam.
Masukkan suun dan fucuk, kacau hingga rata dan suun dan fucuk lembut.
Masukkan bahan2 lain kecuali bawang. Kacau hingga sebati. Sebelum tutup api masukkan bawang besar. Kacau seketika dan tutup api.



Ikan masak kicap pedas

3 ekor ikan selar digoreng garing
 3 sb cili boh
3 sb kicap pekat
3 sb sos tiram
2 sb sos tomato
* 2 biji bawang besar
* 6 ulas bawang putih
*1 inci halia
Garam dan gula secukup rasa
Serai di ketuk
1 biji tomato dibelah enam
Minyak untuk menumis
_______________________
Kisar halus *. Tumis hingga naik bau. Masukkan cili boh dan tumis hingga pecah minyak.
Masukkan serai, sos tiram, sos tomato dan kicap pekat. Kacau hingga sebati. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan ikan yang telah digoreng terlebih dahulu. Kacau rata. Sebelum tutup api masukkan tomato dan gaul sebati.


Mee goreng tiau miu simple

400 gm mee kuning 
1 mangkuk tiau miu
* segemgam ikan bilis
* sebiji bawang besar
* 5 ulas bawang putih
3 sb cili boh
2 sb sos tiram
2 sb kicap pekat
Minyak untuk menumis
_____
Tumbuk lumat *. Tumis * hingga naik bau. Masukkan cili dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos tiram dan kicap pekat. Kacau sebati. Masukkan mee dan gaul rata dengan bahan2 tumis tadi. Masukkan tiau miu dan kacau seketika. Tutup api.



Serunding kelapa

1/2 biji kelapa parut
3 sb cili boh
* 6 biji bawang merah
* 5 ulas bawang putih
 *2 sb udang kering
Garam dan gula secukup rasa
-------
 Tumbuk lumat *. Masukkan kelapa parut, * dan cili, gaul rata. Perisakan dengan garam serta gula secukup rasa. (kalau terlalu kering, masukkan sedikit air agar semua bahan sebati.
Masak hingga serunding agak kering. Kacau selalu supaya tak hangit.


 
Ikan Masin Bulu Ayam Goreng

Ikan Masin Bulu Ayam
Tepung Gandum
-----
Basuh ikan, toskan (kalau jenis masin sangat boleh rendam sebentar)
Gaulkan dengan tepung gandum
Goreng garing

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...