Friday, July 5, 2013

Mee goreng cili hijau


Menu sarapan. Semalam dah masak mee goreng. Pagi ni pun masak mee juga sebab anak sulung semalam petang merajuk sebab mee dah habis bila dia balik sekolah. Takkan nak goreng mee style sama. Nak buat mee lidi goreng hijau bahan tak cukup. Jadi dengan kreativiti yang ada, try la buat mee goreng cili hijau, sebab kalau cili hijau boleh masak dengan nasi dan jadinya sedap, kenapa dengan mee tak boleh kankankan....

Sebab yang nak makan ni anak2, saya kurangkan penggunaan cili dan sayuran. Kalau untuk saya jer nak makan, pastinya cili hijau tu saya tambah kuantitinya 2 - 3 biji lagi dan siap tambah cili padi lagi....pastu letak tauge dan sayur banyak2...

Bahan kisar halus

2 biji cili hijau (boleh tambah ikut kepedasan yg disukai @ tambah cili padi hijau)
1 biji bawang besar
3 ulas putih

Bahan lain

400 gm mee kuning
2 sb kicap
2 sb sos tiram
Sawi/tauge/kobis/karot
Sotong/udang/ayam
Tauhu (potong kecil dan goreng - ketepikan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

-------
Tumis bahan kisar tanpa minyak sehingga airnya agak kering. Masukkan minyak dan masak hingga naik bau.

Masukkan sos tiram dan kicap. Kacau sebati selama 2 minit. Masukkan sotong atau perencah lain dan tauhu. Kacau sebati dan hingga sotong masak.

Masukkan mee, gaulkan hingga rata dan goreng selama lebih kurang 5 minit. Akhir sekali masukkan sayuran dan perisankan dengan garam (kalau rasa dah masin dengan sos tiram dan kicap tak perlu tambah garam). Gaul rata dan masak hingga sayuran layu sedikit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...