Tuesday, July 30, 2013

Gulai masam tempoyak ikan patin, tumis air petola dan telur dan air jagung menu iftar hari ini

Gulai masam tempoyak ikan patin memang faberet saya dari dulu. Yang bestnya gulai ni tak payah susah2 nak kupas bawang berbagai.

1 ekor patin (sederhana dipotong 2 inci tebal - dicuci bersih dan direndam air asam jawa untuk hilangkan hanyir ikan sungai)
*4 biji cili merah (boleh guna cili api kalau nak pedas)
*kunyit hidup sebesar ibu jari
Daun kesum
2 batang serai diketuk
4 sb tempoyak
Asam keping (bergantung kepada masam tempoyak)
Garam secukup rasa
Timun tua/timun muda di buang bijinya dan hiris serong (kalau suka)

------
Tumbuk lumat *. Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali daun kesum. Masak hingga mendidih. Masukkan daun kesum dan masak hingga layu. Dah siap.

Petola tumis air dengan telur

1 biji petola dibuang yang keras tu dah potong dalam seinci2
1 biji bawang besar - hiris
5 ulas bawang putih dihiris
Sedikit ikan bilis
Suun direndam
5 biji telur (di pecahkkan dalam air mendidih hingga masak - toskan)
1 biji cili merah dihiris nipis
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

----
Tumis bawang2 dan ikan hingga keperangan. Masukkan air secukupnya (1 1/2 liter). Biarkan mendidih. Masukkan petola, suun, telur dan garam. Masak hingga suun lembut.

Air jagung

1 tin susu cair
1 tin susu pekat
1 tin jagung creamy
Ais secukupnya
3 liter air
Sedikit pewarna kuning (atau boleh juga guna kordial perisa jagung)

------
Campur semua bahan dalam mangkuk. Kacau sebati.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...