Wednesday, July 17, 2013

Chicken chop

menu hari ni ialah...chicken chop. lepas ni tak payah nak makan kat kedai bayar mahal2. buat sendiri sedap dan bukannya susah pun. 

Bahan bahan2

chicken thighs/drumstik
Tepung gandum
2 biji telur - pukul ringan
70 gram breadcrumbs
Minyak masak

Marinate

Soy sauce
Garam
White pepper

Perap ayam dengan bahan marinade selama 3 jam atau semalaman. 
Keluarkan dan lap kering.
Tabur dengan tepung dan goncang untuk membuang lebihan tepung. 
Celup ke dalam telur yang dipukul ringan dan golek ke dalam serbuk roti.
Panaskan minyak  dan goreng sehingga kedua dua belah permukaan berwarna keperangan dan masak.

Mushroom sauce

1 bawang besar - hiris bulat
50 gram cendawan butang
1/2 cawan chicken stock
2 sb butter
Garam
Black pepper
1 sk tepung jagung
Sedikit black pepper sauce

Panaskan butter dan masukkan bawang besar sehingga lembut.  Masukkan mushroom dan kacau lagi beberapa minit.  Masukkan chicken stock diikuti dengan tepung jagung.
Masak sehingga kuahnya pekat dan taburkan garam dan serbuk lada hitam. Masukkan sedikit black pepper sauce, jika suka.
Tuang ke atas ayam dan bolehlah dihidangkan.

Saya guna resepi black pepper sauce sendiri mcm kat bawah ni.

Freshly Homemade Blackpepper Mint Source

Panaskan 120 gm mentega.
Apabila dan cair dan panas, masukkan 4 sb tepung gandum.
Goreng hingga keperangan.
Masukkan 3/4 liter susu segar, kacau hingga sebati.
Masukkan 4 sb lada hitam yang ditumbuk halus.
Tambahkan 500 ml air, masukkan cendawan butang yg dihiris nipis dan biarkan mendidih.

Pastikan sos sentiasa dikacau supaya tidak hangus atau membuak.
Tambah 6 sb sos tiram dan garam secukup rasa.
Kacau sebentar dan tutup api.
Masukkan segemgam daun pudina. 
-kali ni saya tak letak

*****Sekiranya sos terlalu pekat selepas disejukkan, tambah air mendidih dan kacau sebati.

Mashed Potato

5 biji kentang - direbus dahulu dan lenyekkan
1/2 cwn susu segar
2 sb butter
Sedikit garam dan lada hitam

Bahan bahan

Lenyekkan kentang dan masukkan butter. Kemudian tuang susu segar dan tambahkan lada hitam dan sedikit garam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...