Sunday, July 7, 2013

Baulu kacang hijau

Resepi pilihan minggu ini....dari blog en mat gebu...asalnya dari sajiansedap.com. Mula2 buat dalam acuan baulu cermai....sajer nak test acuan baru.

Pastu baru letak dlm papercup....sedap dengan bau dan rasa kacang hijau

BAHAN-BAHANNYA :-)

75 gram tepung gandum*
25 gram tepung kacang hijau*
1/4 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
3 biji telur gred A
1 camca besar Ovallate
100 gram gula pasir
20 gram mentega, cair dan sejukkan
1/2 camca teh esen vanilla (cm tambah)
1 camca besar pati santan (boleh ganti dengan susu segar)

CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan oven pada suhu 180C, alas acuan muffin dengan paper cup sesuai atau guna paper cup jenis keras. Ketepikan.

Putar gula dan ovallate hingga rata. Masukkan telur dan putar dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat (kurang lebih 7 minit).

Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Putar sebati. Masukkan esen vanilla, pati santan dan mentega cair.

Gaul rata menggunakan spatula. Sudukan ke dalam acuan 3/4 penuh (atau hampir penuh), buat hingga siap. Bakar 20 - 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan dan boleh hidangkan untuk minum petang..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...