Wednesday, July 31, 2013

Peria goreng rangup

Saya cnp dari blog sinaran menu. sedap n tak terasa sgt pahitnya.

Bahan-bahannya

* 1 batang peria
* 4 sudu besar tepung beras
* 1 sudu besar tepung jagung
* 2 sudu kecil serbuk cili
* 1 sudu besar rempah kari 
* 1 sudu kecil serbuk kunyit
* 1/2 sudu kecil garam
* 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
* 1 sudu besar air -  saya tak letak air pun sebab peria yg dibasuh tu dah lembab2 jadi saya terus gaul dengan adunan tepung

Cara memasak

1- Basuh bersih peria dan potong bulat dan sama nipis.Buang bijinya dan bahagian bewarna putih dgn mengunakan tangan.Rendam potongan peria dgn 1 sudu garam dan 3 sudu gula selama 1/2 jam.

2-Toskan air rendaman peria dan pastikan airnya kering (boleh gunakan kitchen towel untuk mengeringkan airnya.Masukkan peria kedalam satu mangkuk besar.

3- Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk peria tadi kecuali air.Gaul semua bahan hingga rata dan sebati.

4- Masukkan 1/2 sudu air dahulu dan gaul rata.Jika ianya nampak masih agak kering masukkan 1/2 sudu air lagi.Pastikan campuran tidak terlalu cair atau terlalu pekat dan tepung bersalut cantik pada peria.

5- Panaskan minyak masak secukupnya dalam non-stick pan.Bila minyak dah betul-betul panas masukkan peria sekeping demi sekeping dan jangan digoreng terlalu banyak pada sesuatu masa. 6- Goreng peria hingga betul-betul garing.Angkat dan toskan minyaknya.

Puding Roti





Bahan2 puding:

8 keping roti (sapu butter depan belakang dan potong 4)
2 senduk kismis
2 senduk gula
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
3 cawan susu segar

Bahan2 kuah:

1 tin susu cair
1 tin air
2 sudu besar gula
1 sudu besar tepung kastard (bancuh dengan air sedikit)
1 sudu teh esen vanilla

Cara2 membuat puding:

1. Susun roti yang telah dipotong ke dalam loyang berselang seli dengan kismis dan ketepikan (Sia guna loyang bulat saiz 10.5 inci).
2. Pukul telur, gula dan esen vanilla sampai gula hancur. Kemudian masukkan susu dan kacau sebati. 3. Tuangkan adunan ke dalam loyang berisi roti dan biarkan sekejap dalam 5 minit untuk roti kembang. Tabur sedikit gula atas adunan (kalau suka supaya nampak lebih cantik perangnya bila lepas bakar)
4. Panaskan oven 190 darjah celcius. Bakar puding selama 20 minit.
5. Setelah masak, sejukkan sebelum dimakan bersama kuah.

Cara2 membuat kuah:

Masukkan semua bahan dalam periuk. Kacau atas api sampai sedikit mendidih. Sejukkan sebelum dimakan bersama pudding roti.

Tuesday, July 30, 2013

Gulai masam tempoyak ikan patin, tumis air petola dan telur dan air jagung menu iftar hari ini

Gulai masam tempoyak ikan patin memang faberet saya dari dulu. Yang bestnya gulai ni tak payah susah2 nak kupas bawang berbagai.

1 ekor patin (sederhana dipotong 2 inci tebal - dicuci bersih dan direndam air asam jawa untuk hilangkan hanyir ikan sungai)
*4 biji cili merah (boleh guna cili api kalau nak pedas)
*kunyit hidup sebesar ibu jari
Daun kesum
2 batang serai diketuk
4 sb tempoyak
Asam keping (bergantung kepada masam tempoyak)
Garam secukup rasa
Timun tua/timun muda di buang bijinya dan hiris serong (kalau suka)

------
Tumbuk lumat *. Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali daun kesum. Masak hingga mendidih. Masukkan daun kesum dan masak hingga layu. Dah siap.

Petola tumis air dengan telur

1 biji petola dibuang yang keras tu dah potong dalam seinci2
1 biji bawang besar - hiris
5 ulas bawang putih dihiris
Sedikit ikan bilis
Suun direndam
5 biji telur (di pecahkkan dalam air mendidih hingga masak - toskan)
1 biji cili merah dihiris nipis
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

----
Tumis bawang2 dan ikan hingga keperangan. Masukkan air secukupnya (1 1/2 liter). Biarkan mendidih. Masukkan petola, suun, telur dan garam. Masak hingga suun lembut.

Air jagung

1 tin susu cair
1 tin susu pekat
1 tin jagung creamy
Ais secukupnya
3 liter air
Sedikit pewarna kuning (atau boleh juga guna kordial perisa jagung)

------
Campur semua bahan dalam mangkuk. Kacau sebati.

Monday, July 29, 2013

Lepat pisang karot

Semalam buat air karot. Selalunya hampasnya orang buang tapi saya akan gunakan untuk buat cucur atau lepat. Sayang sbb banyak serat kat hampas dia tu. Saya tak letak inti kelapa sbb karot tu ada rasa mcm letak kelapa dah...

Cuba la...sedap tak tipu. Anak saya yg kecil tu suka betul makan lepat ni. Sejukkan dulu baru makan sebab kalau panas lepat ni agak lembik.

Bahan2nya

2 cawan pisang awak/abu masak - dilenyek
1 cawan hampas karot (karot dikisar halus dan ditapis airnya utk buat air karot susu)
1 1/2 cawan tepung
Gula secukup rasa
1/2 sk garam
Daun pisang yg dilayukan secukupnya
-----------

Gaul semua bahan hingga sebati. Sudukan adunan di atas daun kelapa. Gulung dan lipat hujung daun pisang.

Kukus setengah jam atau hingga masak.

Nasi jagung, grilled salmon dengan sos putih dan kentang & karot goreng

Nasi jagung

4 pot  beras basmathi (dibasuh dan direndam 30 minit) - pot yg plastik tu
*1 biji bawang besar
*6 ulas bawang putih
*2 inci halia
3 batang serai diketuk
1 sb minyak sapi
1/4 cawan minyak jagung
Garam secukup rasa
1 cawan jagung
1 cawan susu cair
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
3 1/2 cawan air

------
Kisar halus *. Panas minyak di dalam periuk nasi. Tumis *, serai dan rempah tumis hingga naik bau dan sedikit keperangan . Masukkan susu, air dan garam. Biarkan mendidih.

Masukkan beras yg telah ditos. Tanak hingga nasi masak. Masukkan jagung dan biarkan seketika. Kacau/kareh nasi sebelum dihidangkan untuk meratakan jagung.

Grilled salmon dengan sos putih

5 keping salmon
Lada hitam - ditumbuk
Lada putih - ditumbuk
Minyak zaiton
Garam
----

Gaul semua bahan hingga rata. Panggang salmon di atas kuali non-stick. Jangan masak terlalu lama.

Sos putih

1/2 biji bawang besar dihiris nipis
2 sb mentega
2 sb tepung gandum
1 sk serbuk lada putih
Garam secukup rasa
1 sk daun pasley kering
1 cawan susu segar
Air secukupnya
--------

Panaskan mentega. Tumiskan bawang hingga nauk bau.  Masukkan tepung, goreng seketika. Masukkan susu. Kacau hingga sos pekat. Tambah air (lebih kurang 2 cawan) dan garam.
Sebelum angkat masukkan lada putih dan pasley.

Karot dan kentang goreng

3 biji kentang us di kupas dan dipotong wedges
2 batang karot dipotong 2 inci panjang
Sedikit tepung gandum
Garam dan serbuk kunyit
Sedikit lada hitam

-----
Satukan semua bahan dan goreng garing dengan api sederhana.

Nasi ambeng

Menu special kami sekeluarga malam ni ialah nasi ambeng. Menu ni disediakan secara berjemaah dengan encik hubby.



Sambal goreng jawa

5 keping tauhu potong kecil - goreng dan toskan
2 keping tempe (ikut saiz tempe) potong kecil - goreng dan toskan
1 biji kentang (saiz besar) potong kecil - goreng dan toskan
2 genggam ikan bilis basuh dan toskan - goreng dan toskan
4 sb cili boh
Fucuk (kulit tauhu kering tu) - kali ni tak masukkan sbb stok yg ada tu dah rosak dan suun secukupnya (saya guna dua pack) - rendam hingga lembut
Bawang besar dipotong bulat
3 sb kicap pekat
3 sb sos cili
3 sb sos tiram
* 5 ulas bawang merah
*5 ulas bawang putih
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
________________
Tumbuk lumat *. Tumis hingga naik bau. Masukkan cili dan tumis hingga pecah minyak.
Masukkab kicap pekat dan sos, kacau rata. Perisakan dengan garam.
Masukkan suun dan fucuk, kacau hingga rata dan suun dan fucuk lembut.
Masukkan bahan2 lain kecuali bawang. Kacau hingga sebati. Sebelum tutup api masukkan bawang besar. Kacau seketika dan tutup api.



Ikan masak kicap pedas

3 ekor ikan selar digoreng garing
 3 sb cili boh
3 sb kicap pekat
3 sb sos tiram
2 sb sos tomato
* 2 biji bawang besar
* 6 ulas bawang putih
*1 inci halia
Garam dan gula secukup rasa
Serai di ketuk
1 biji tomato dibelah enam
Minyak untuk menumis
_______________________
Kisar halus *. Tumis hingga naik bau. Masukkan cili boh dan tumis hingga pecah minyak.
Masukkan serai, sos tiram, sos tomato dan kicap pekat. Kacau hingga sebati. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan ikan yang telah digoreng terlebih dahulu. Kacau rata. Sebelum tutup api masukkan tomato dan gaul sebati.


Mee goreng tiau miu simple

400 gm mee kuning 
1 mangkuk tiau miu
* segemgam ikan bilis
* sebiji bawang besar
* 5 ulas bawang putih
3 sb cili boh
2 sb sos tiram
2 sb kicap pekat
Minyak untuk menumis
_____
Tumbuk lumat *. Tumis * hingga naik bau. Masukkan cili dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos tiram dan kicap pekat. Kacau sebati. Masukkan mee dan gaul rata dengan bahan2 tumis tadi. Masukkan tiau miu dan kacau seketika. Tutup api.



Serunding kelapa

1/2 biji kelapa parut
3 sb cili boh
* 6 biji bawang merah
* 5 ulas bawang putih
 *2 sb udang kering
Garam dan gula secukup rasa
-------
 Tumbuk lumat *. Masukkan kelapa parut, * dan cili, gaul rata. Perisakan dengan garam serta gula secukup rasa. (kalau terlalu kering, masukkan sedikit air agar semua bahan sebati.
Masak hingga serunding agak kering. Kacau selalu supaya tak hangit.


 
Ikan Masin Bulu Ayam Goreng

Ikan Masin Bulu Ayam
Tepung Gandum
-----
Basuh ikan, toskan (kalau jenis masin sangat boleh rendam sebentar)
Gaulkan dengan tepung gandum
Goreng garing

Kambing Golek



seekor kambing (~15kg)
1 cawan madu
1 cawan sos tiram
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan sos tomato
1 cawan sos perap smoke bbq pedas knor
5 labu bawang putih ditumbuk dengan kulit2nya
4 sb lada hitam ditumbuk lumat
3 sb serbuk cili
2 sb rosemary
2 sb pasley
2 sb oregano
2 sb basil
--
Cucukkan kambing dengan pisau. Satukan semua bahan di dalam mangkuk. Lumurkan pada kambing dan masukkan sos tersebut di bahagian yang dicucuk2 tu dan urut2kan sedikit di bahagian sendinya. Perap semalam untuk hasil yang lebih baik. Balut kambing dengan aluminium foil. Bakar dengan api kuat selama 1.5 jam - 2 jam bergantung kepada saiz kambing.

Sosnya kalau ada lebih dibuang jangan. Masukkan dalam kuali atau periuk, tambah air sikit dan masak hingga mendidih. Bila kambing tu dah masak dan dihiris2, tuangkan jer sos ni atas kambing sebelum mengap...kambing nih...

Kalau rajin buat la sos lada hitam, kalau sos perap nih tak cukup....atau gandakan kuantiti sukatan di atas.





Sunday, July 28, 2013

Bingka karot

Resepi ni saya cnp dari my resepi. Variasi bingka mengubah selera di bulan puasa.

Bahan-bahan ( 10 orang )

Lobak 1 kg direbus
Tepung gandum 2 cawan
Telur 4 biji
Gula 1 cawan - boleh tambah kalau suka manis
Garam 1/2 sdk
Santan Pekat 2 cawan
Santan Cair 1 cawan
Bijan secukupnya.

Cara-cara

Blend telur dan gula sampai berbuih/pekat..guna blender biasa. Blend lobak bersama santan sampai hancur.
Campurkan bahan2 blend kat atas bersama tepung dan garam. Gaul hingga sebati.
Kalau tepung berketul2..nak senang..blend je semua tu semula... lenserkan minyak masak dalam bekas pembakar..biar lebih sikit tak pa..dan masukan bahan2 tadi..
Taburkan bijan di atas bahan tadi.. dan bakar sampai masak.. (saya bakar dengan suhu 200°C selama 1 jam. Kemudian guna api atas saja dengan suhu 250°C selama 10 minit untuk garingkan atasnya.)

Bingka kentang

Resepi ni Kak fida yg punya. Rasa nak membingka membuak2...

Bahan-bahan ( loyang 8 x 8 inc. )

14 auns(400g) kentang - rebus empuk dengan sedikit garam dan lecek halus
6 auns (1 cwn) gula halus
5 biji telur - besar
2 cawan santan (akak guna 300ml KARA + air)
8 auns (2 cwn) tepung gandum - ayak
1/2 sk garam
1 sk esen vanilla
sedikit pewarna kuning lemon

Cara-cara

Panaskan ketuhar 175C.Loyang dialas daun pisang dan gris sekeliling Kacau telur,gula,garam dan esen hingga rata dan masukkan santan.

Masukkan tepung sedikit2 sambil dikacau hingga tk adunan berbintil.Masukkan pula kentang lecek dan pewarna kuning.Kacau hingga sebati.

Tuang adunan ke dalam loyang yang disediakan dan bakar selama 40 min - 1 jam atau hingga kuih bingka garing. Biar kuih benar2 sejuk, potong dan hidangkan.

Saturday, July 27, 2013

Sira labu

SIRA LABU ni resipi : Lina pg yg saya amik dari sumber : K.Nor@SecubitGaram. Request daripada en hubby. Kalau letak sedikit serbuk kayu manis lagi sedap. Tapi penduduk rumah ni tak berkenan plak nanti.

Bahan-bahan:

1/2 biji labu
3 sb gula merah
3 sb gula perang/gula pasir
3 helai daun pandan
Air kapur

Cara-Cara:

Labu dikupas kulit dan direndam ke dalam air kapur selama 1-2jam
Cuci bersih dan toskan labu Susun labu ke dalam periuk dan taburkan gula merah dan juga gula perang.
Sukatan gula terpulang kepada citarasa. Letakkan daun pandan yang disiat-siat.
Tutup periuk dan masak labu dengan api yang kecil selama 1 jam atau sehingga labu empuk

*** saya masak setengah jam jer.

Daging goreng kaprau

Sedapnya bau masakan ni. Rasanya pun sedap. Masak dia simple sangat....resepi yg saya cnp dari dapur kak jee ni berbaloi mencubanya.

BAHAN2:

250 gms daging batang pinang dihiris nipis (atau ayam)
2 sudu besar paste tomyam
cili api  diketuk2 (ikut kepedasan. resipi asal mesti pedas)
2 labu bawang besar (dibelah lapan dan dicerai2kan)
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos cili
Daun selasih

CARA:

Perap daging yang telah dihiris bersama 2 sudu paste tomyam selama ½ jam.

Kemudian tumis 1 labu dulu bawang besar yang telah dikerat 8. Kemudian masukkan cili api yang telah ditumbuk kasar.

Setelah agak garing, masukkan hiriisan daging yang telah diperap dan goreng hingga daging kecut.

Kemudian masukkan kicap manis dan sos cili dan terus goreng. Masukkan daun selasih yang telah dipetik2, dicuci dan ditoskan.

Kemudian masukkan juga baki 1 labu bawang besar. Setelah bawang besar layu, padamkan api dan hidang.

Friday, July 26, 2013

Cheese/fruit tart

Kalau tak salah saya cnp resepi ni daripada azlita masam manis. Bulan2 posa ni mcm2 teringinnya. Selongkar blog orang tengok tu nak buat tengok ni nak buat....

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula.
Jangan putar lama sangat. Masukkan telur dan esen vanilla.
Putar lagi dengan senduk kayu. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.

Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.

Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.

Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak. Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama.

Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.  

Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Sediakan filling yg kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas tuk buat filling cheese tart ni.

Bahan2an untuk filing ni boleh kita dapatkan dari kedai2 menjual bahan2an tuk buat kuih dan kek.

Kalau rajin boleh juga di buat sendiri. Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi.

Lebih banyak filling kita letak bertambah sedap lah Cheese tat

Bahan2 tuk membuat cheese

250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan.

JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.

Masukkan filling ke dalam kulit tat. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi.
Di mana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.

Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi. Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka.

Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.

Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik! Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah  dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut.

Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi. tambahan : ita bakar api atas bawah tapi ita letak dekat rak bawah.

Untuk resepi ni, 1 adunan shell ita dapat buat dalam  40 biji shell itu pon bergantung kepada besar acuan dan ketebalan shell.

Bagi adunan cheese pula dapat dalam 70 - 80 shell.

Untuk stabilkan adunan buat 2 adunan crust atau shell dan 1 adunan cheese Cheese tart yang telah siap di simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais untuk ketahanan yg lebih lama... Selamat Mencuba! dan selamat berpuasa! :)

Biskut coklat urai/chocolate rice cookies

Inspirasi dari citarasawan. Satu bancuhan sikit jer dapatnya. 
Baunya sungguh menggugat iman org2 yg berpuasa....huhuhu...

Bahan A
125 gm mentega
50 gm gula ising
1 biji kuning telur
1 sk coklat emulco (saya ganti 1/2 sk serbuk koko)

Bahan B
120 gm tepung gandum
25 gm tepung jagung
25 gm tepung kentang (saya ganti tepung jagung)
10 gm susu tepung
50 gm coklat urai

Hiasan : Coklat chip (saya ganti dengan manik love atas permintaan anakanda)

-------
Pukul mentega dengan gula hingga berkrim. Masukkan kuning telur dan coklat emulco. Putar hingga sebati.

Masukkan ke dalam bahan B dan uli hingga sebati. Picitkan atas dulang yg telah dilenser margerin/shortening menggunakan nozel bintang atau biskut dahlia.

Hias dengan coklat chip. Bakar pada suhu 160°C selama 20-25 minit.

Tuesday, July 23, 2013

Spiral pasta dengan black pepper meat ball


Dari hari tu dok teringan makan meat ball dengan sos lada hitam. kebetulan sos lada hitam yg buat chic chop tu ada lagi jadinya recycle jer ler apa yg ada cumanya masa dok panaskan tu tertuang air lebih skit la pulak....jadi sos tu sedikit cair. 


Walau macam mana pun rasanya tetap sedap. 
Tak caya tanya anak2 saya tu....

200 gm pasta spiral direbus hingga empuk dengan sedikit garam
15 biji meat ball

Utk sos lada hitam

Panaskan 120 gm mentega.
Apabila dan cair dan panas, masukkan 4 sb tepung gandum.
Goreng hingga keperangan.
Masukkan 3/4 liter susu segar, kacau hingga sebati.
Masukkan 4 sb lada hitam yang ditumbuk halus.
Tambahkan 500 ml air, masukkan cendawan butang yg dihiris nipis dan bebola daging dan biarkan mendidih.
Pastikan sos sentiasa dikacau supaya tidak hangus atau membuak.
Tambah 6 sb sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
Kacau sebentar dan tutup api. Hidangkan bersama pasta.

*****Sekiranya sos terlalu pekat selepas disejukkan, tambah air mendidih dan kacau sebati.

Biskut pandan rangup

BISKUT PANDAN RANGUP Ni saya cnp dari blog coretan dari dapur. Ada badam juga macam biskut coklat urai tu....

Bahan-bahan:

240g mentega
100g gula aising (akak letak 90g aje)
2 biji kuning telur
120g serbuk badam
350g tepung gandum (akak guna tepung red rose)
80g tepung jagung
2 sudu teh perisa pandan (saya guna pandan paste jadi tak letak pewarna hijau)
1 sudu teh pewarna hijau 

Bahan tabur: gula manik warna warni (saya guna ceri merah)

Cara membuat:

Putar mentega dan gula sehingga sebati Masukkan telur, perisa pandan dan pewarna hijau.
Pukul lagi Selepas itu masukkan badam, tepung gandum dan tepung jagung. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
Canai doh sehingga rata dan terap dengan acuan yg digemari.
Sapukan dgn sedikit telur putih atas nya kemudian taburkan gula manik warna warni. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 160C selama 20 minit.

Minuman kesihatan homemade...

Harini saya nak share resepi mudah AIR ISTIMEWA YANG SIHAT  perkongsian Destinasi Makanan SEDAP Network's.

 Air masak yang di campur dengan buah-buahan di bawah dapat membantu mengekalkan kesihatan kerana membantu membuang toksin dalam badan. Air yang di campur buah-buahan ini perlu dibiarkan dahulu 20 minit sebelum minum.... Jom buat sendiri:

1) Teh hijau, pudina, limau nipis
Untuk mengurangkan lemak, pencernaan, sakit kepala, pernafasan

2) Strawberri, kiwi
Melindungi sistem imun, pencernaan, kesihatan kardiovaskular,
menyeimbangkan gula dalam darah

3) Timun, limau nipis, lemon
Mengatasi muntah, loya, hidrasi, mengawal selera makan, pencernaan

4) Lemon, limau nipis, oren
Untuk vitamin C badan, sistem imunisasi, pedih ulu hati

Minuman di atas hendaklah di minum pada suhu bilik untuk tempoh 48 jam. Selepas 48 jam, perlu buat air yang baru.
 
Photo: AIR ISTIMEWA YANG SIHAT

Air masak yang di campur dengan buah-buahan di bawah dapat membantu mengekalkan kesihatan kerana membantu membuang toksin dalam badan. Air yang di campur buah-buahan ini perlu dibiarkan dahulu 20 minit sebelum minum. Jom buat sendiri:

1) Teh hijau, pudina, limau nipis
Untuk mengurangkan lemak, pencernaan, sakit kepala, pernafasan

2) Strawberri, kiwi
Melindungi sistem imun, pencernaan, kesihatan kardiovaskular,
menyeimbangkan gula dalam darah

3) Timun, limau nipis, lemon
Mengatasi muntah, loya, hidrasi, mengawal selera makan, pencernaan

4) Lemon, limau nipis, oren
Untuk vitamin C badan, sistem imunisasi, pedih ulu hati

Minuman di atas hendaklah di minum pada suhu bilik untuk tempoh 48 jam. Selepas 48 jam, perlu buat air yang baru.
Gambar daripada  Destinasi Makanan SEDAP Network's.

Monday, July 22, 2013

Sup yong tau fu

Semalam ada orang bagi yong tau fu. Bila tak abis tu simpan dalam peti ais ingatnya nak jadikan perencah mihun goreng berbuka nanti. Tapi tukar plan bila sayurnya takde. Tetiba teringat, allahyarhamah kakak dulu suka sangat makan sup yong tau fu kat gerai area rumah dia. Saya pun pernah cuba dan memang sedap.

Jadi apa lagi, terus jer kuarkan bahan2...

Air rebusan ayam secukupnya (saya rebus tulang temulang ayam yang saya debone untuk buat chic chop aritu.
*Segemgam ikan bilis ditumbuk halus
*2 inci halia hiris
*5 ulas bawang putih hiris
*1 biji bawang besar
Garam secukup rasa
Pelbagai jenis bebola ikan
---------

Tumis  * hingga garing. Masukkan ke dalam air rebusan ayam atau daging. Masukkan bebola ikan. Perisakan dengan garam. Dah siap.

Urap pegaga

Arini saya nak share pelbagai resepi uarap pegaga yang saya cnp dari blog Tiffin biru. Cumanya kali ni saya guna resepi urap pegaga daun cekur sebab stok daun cekur tengah banyak. Lain kali bila saya dah cuba resepi lain tu baru saya update gambar yang lain tu ye......sedap tau.

Urap pegaga ikan kembong

BAHAN-BAHANNYA :-)

2 cekak pegaga, dibersihkan, cuci, tos dan potong kecil
2 ekor ikan kembong, dibakar dan ambil isinya, leraikan
3/4 cawan kelapa parut putih
1/4 camca teh pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)

2 biji cili merah
10 biji cili padi hijau kampung
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci ubi cekur
1 inci kunyit hidup
1 camca besar udang kering, rendam sekejap dan toskan
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)

Gaul kelapa parut putih, pes asam jawa dan bahan2 tumbuk halus hingga rata. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masukkan pegaga yang telah dipotong, gaul hingga mesra.Panaskan kuali, masukkan no.1 tadi dan sangai sekejap (digoreng tanpa minyak). Tambah isi ikan kembong dan gaul rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidanglan bersama nasi panas dan lauk2 lain..

Urap pegaga daun cekur

BAHAN-BAHANNYA :-)

400 g pegaga yang telah siap di bersihkan, cuci dan tosk kering
10 helai daun cekur yang muda, cuci, tos dan dimayang halus
1 cawan kelapa parut putih
1 1/2 camca besar udang kering, cuci dan rendam 10 minit, toskan
*3 biji cili merah
*3 cm isi cekur
*1 cm kunyit hidup
*1 ulas bawang putih
*6 biji bawang merah
*1/2 inci belacan
*1 camca teh gula
*Sedikit garam*(*ditumbuk lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)

Pegaga tadi dibuang akarnya, hiris kasar. Daun cekur dimayang halus. Ketepikan. Kelapa parut tadi disatukan bersama bahan tumbuk lumat dan gaul rata2, rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam.Gaul kelapa tadi bersama pegaga dan daun cekur, rata2. Masukkan dalam kuali dan goreng tanpa minyak selama 2 - 3 minit. Angkat dan hidangkan bersama nasi.

Urap pegaga daging ayam

BAHAN-BAHANNYA :-)250 gram pegaga (kurang lebih)1 keping dada ayam, cuci bersih dan toskan*1/2 inci halia, diketuk*2 ulas bawang putih, diketuk*1/2 camca teh garam*(*direbus bersama hingga dada ayam masak, angkat dan sejukkan)1 cawan kelapa parut putih1 biji bawang besar hiris halusGaram (jika perlu) dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)

4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji cili merah (kalau suka pedas, boleh tambah cili padi)
1 kiub pati ayam
2 inci isi cekur
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)

Pegaga dicuci bersih, toskan kering2 kemudian hiris tapi jangan halus sangat. Isi ayam dicarik kasar2.
Ketepikan.Gaul kelapa parut dengan bahan tumbuk halus, kacau rata tambah garam secukup rasa (rasa dulu, kalau perlu baru letak garam) dan sedikit gula.
Masukkan isi ayam, pegaga dan hirisan bawang besar. Gaul rata hingga mesra.Panaskan kuali dan goreng tanpa minyak hingga urap panas. Matikan api dan biar sejuk. Boleh hidangkan bersama nasi putih.

Frozen yogurt ice cream

Saya cnp resepi ni dari Super dooper kawai. sedap dan tak manis sangat..  pasni nak buka kedai sebelah tutti frutti tu la.....hehehe.

Frozen Yogurt Coklat

1 tub besar plain yogurt 900 gm
3/4 cwn susu segar (kurangkan 4 sb)
60 gm gula halus (ikut citarasa, nak manis boleh lebihkan)
120 ml whipping cream
2 sudu besar serbuk koko (saya guna 4 sb kordial strawberry jenama saujana.)

Campurkan gula, susu segar dan yogurt. Kacaukan guna mixer. Dalam bekas lain, pukul whipping cream sehingga jadi bentuk cream. Kemudian campurkan whipping cream dengan campuran yogurt tadi. Kacau.
Masukkan serbuk koko. kacau. Bekukan dalam freezer 1 jam.
Bila dah hampir beku- keluarkan dan pukul sehingga gebu. Boleh juga potong kecil2 & masukkan dlm blender. Ulang sehingga 2-3 kali untuk dptkan struktur aiskrim yg smooth.

Frozen Yogurt Fruity

1 Tub besar Yogurt smooth & fruity
3/4 cwn susu segar
1 cwn susu pekat manis
2 sudu besar madu

Campurkan kesemua bahan. Kacaukan guna mixer sampai adunan berkrim sebati. Bekukan dalam freezer 1 jam. Bila dah hampir beku- keluarkan dan pukul sehingga gebu. Boleh juga potong kecil2 & masukkan dlm blender. Ulang sehingga 2-3 kali untuk dptkan struktur aiskrim yg smooth.

Saturday, July 20, 2013

Pucuk ubi masak lemak tempoyak petai

Pucuk Ubi Masak Lemak Tempoyak Petai  ni saya cnp dari sajian kasih. Dulu2 arwah kakak yg selalu masak ni, jadi seumur hidup bari ni la cuba mssak sendiri. Arwah kakak n mak tiri dulu tumbuk pucuk ubi ni tapi yg ni hiris jer.

Bahan-bahan

di HIRIS KASAR

1 ikat pucuk ubi - hiris kasar
10 helai daun pucuk kaduk - hiris kasar (saya masukkan lima helai jer sbab kaduk yg saya tanam kat depan tu baru nak hidup.)
10 helai pucuk labu - hiris kasar (ni pun sama, x beli hihi)  
Bahan-bahan
di HIRIS HALUS

3 helai daun kunyit 
4 batang serai   

Bahan-bahan
di TUMBUK

20 biji cili api 
1 1/2 inci kunyit hidup
1 genggam ikan bilis

Bahan-bahan lain

6 sudu besar tempoyak
1 1/2 cawan santan pekat
1 cawan air
3 papan petai
1 keping asam keping
garam bukit secukupnya.

Cara membuatnya:

Rebus sekejap pucuk ubi yang dah di hiris kasar tadi. Toskan. Di dalam lesung batu, tumbuk cili api dan kunyit hidup hingga hancur.

Kemudian masukkan ikan bilis dan tumbuk kasar. Masukkan ke dalam periuk. Tumbuk kasar serai yang di hiris halus tadi juga dan masukkan ke dalam periuk.

Masukkan santan, tempoyak, asam keping, petai, pucuk ubi, pucuk kaduk, pucuk labu dan gaul atas api sederhana.

Masak hingga mendidih dan masukkan garam. Masak ikut kepekatan yang dikehendaki.  *kalau pucuk kaduk dengan pucuk labu takde, boleh jer masak pucuk ubi tu shj.. sukatan bahan lain tetap sama.

*resepi ni memang tak guna bawang.

Udang bakar bermadu

Menu kedua untuk berbuka puasa resepi dari my resepi yg diubahsuai sedikit.

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

1/2kg udang (saiz sederhana)
7 biji bawang kecik*
5 ulas bawang putih*
2-3 inci halia*
2 sb sos tiram
1 sb serbuk cili
5 sudu makan madu (lebih pun xpe, sedap je, kalau xde madu, blh gantikan dgn gula)
sedikit serbuk lada hitam
sedikit garam (ikut selera lidah masing2) sedikit serbuk kunyit

Cara-cara untuk membuat bahan perap:

kisar bahan2 yg b'tanda * sehingga halus (kalau rajin, tumbuk dgn lesung batu, lg sedappppp)

Tuangkan bahan2 kisar ke dlm mangkuk besar. kemudian, tambahkan madu, sos tiram, serbuk cili, serbuk lada hitam, serbuk kunyit dan garam.

Gaul sebati masukkan udang yg dh dicuci (saya x suka buang kulit utk buat udang bakar) ke dalam bahan2 perap dan perapkan semalaman (lg lama perap lg sedap)

udang sedia utk bakar (boleh dibakar terus atas api, boleh dibalut dengan daun pisang, aluminium foil, atau daun kunyit, antara daun pisang dan daun kunyit, daun kunyit lg sedap baunya) yum...yum...udang yg siap dibakar, sekejap saje sudah disambar org

Aiskrim coklat

Dapat dari fb destinasi makanan sedap network. Lemak berkrim jer...

1 cawan susu segar
2 cawan whipping cream
1/2 cawan gula perang ( boleh kurangkan)
1/2 cawan milo
1 sb madu
saya blend sekali 5 keping biskut oreo

-----
Campur semua bahan dalam blender dan kisar selama 5 minit.
Tuang dalam bekas dan bekukan selama 6 jam atau ikut peti ais kat rumah masing2.

Friday, July 19, 2013

Sup cendawan tauhu telur

1 paket cendawan potong 3
1 paket cendawan potong 3
2 paket tauhu telur potong bulan tebal seinci
5 ulas bawang putih
Garam secukup rasa
Daun bawang satu pokok hiris kecil
2 cawan air
Minyak untuk menumis

Tumis bawang putih hingga garing. Masukkan air 2 cawan.
Masukkan tauhu. Biarkan mendidih.
Masukkan cendawan dan perisakan dengan garam. Biarkan selama dua minit. Tutup api. Dan taburkan daun bawang.

Paprik belut

Ilham masakan dari restauran sup belut kst kelantan...wakaf apa lupa la pulak..

1/2 kg belut dipotong kecil dan digaul tepung gandum dan di rendam dengan air asam 1/2 jam. Bersihkan dan toskan. Gaul garam dan kunyit. Goreng garing.
6 ulas bawang putih diketuk.
1 biji bawang holland dihiris bulat.
Kacang panjang/karot/kobis bunga/putik jagung dll.
3 sb sos tiram
2 sb sos cili
3 sb cili boh
2 biji limau kasturi diperah airnya
5 helai daun limau purut
3 batang serai di ketuk
Cili api dan cili merah dibelah dua - kuantiti ikut cita rasa
Garsm dan gula secukup rasa
Hirisan daun ketumbar jika suka
Sedikit air
Minyak untuk menumis.

-----
Tumis cili boh hingga pecah minyak. Masukkan bawang putih dan serai. Tumis hingga naik bau. Masukkan sos tiram dan sos cili. Gaul rata.
Masukkan belut dan sayuran. Gaul rata. Masukkan sedikit air dan perahan limau. Masak hingga sayur sedikit layu.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan daun limau purut dan daun ketumbar. Kacau rata dan biarkan sebentar. Tutup api dan hidangkan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...